D-Life

3 bahan sahaja, korang boleh buat nutella bite simple tanpa oven!

Oleh  | 

BAYANGKAN korang dapat mesej daripada kawan baik korang nak lepak rumah sambil tengok Netflix malam ini. Sebagai tuan rumah, takkan korang tak nak sediakan apa-apa kan? Oleh sebabs emua orang suka coklat terutama sekali Nutella, meh sini sis nak tunjukkan korang cara buat Nutella bites paling mudah abad ini.

Tak payah guna oven, tak bayar kukus, tak payah bakar. Senang sangat sangat sesuai untuk korang yang rumah tak ada oven. Jom cuba!

Bahan-bahan

1/4 cawan Nutella

1 sudu coklat putih yang korang dah hancurkan

1/4 cawan instant oat (barulah senang nak kunyah)

Cara nak buat

Korang bubuh nutella dulu dalam satu mangkuk

Lepas tu korang masukkan coklat putih dan oat

Gaulkan semuanya sampai sebati

lepas tu bentukkan ia bulat-bulat menggunakan tangan

Simpan dalam peti ais sekejap dan boleh ngam beramai-ramai.

Ha, senang kan? Korang boleh makan bila-bila masa sahaja. Sangat sesuai kalaua da kawan-kawan nak datang rumah. Mudah disediakan dan sedap di makan pada masa sama. Selamat mencuba.

Sumber: Sweet treats

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my