Be-You-Ty

3 bahan untuk nampak make up korang nampak onz!

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy semua! Sis nak tanya, pernah tak orang sekeliling korang tu tegur muka korang nampak kusam je walaupun dah tepek make up dekat muka?

Ish kalau sis, sentap dik. Bukan apa tapi kita perempuan ni mesti lah nak nampak muka cantik dan berseri kan? Kita pun puas lah rawat muka tu menggunakan macam-macam produk, petua lah dan sebagainya.

Tapi tak jugak nampak kesan yang positif. Muka pun sama je kusam selalu. Jangan risau, hari ni sis nak kongsikan dekat korang lagi satu tips yang korang boleh try untuk menaikkan seri wajah tu.

Korang tak payah bersusah payah pergi cari produk mahal-mahal untuk naikkan seri wajah tu. Cuba dulu tips yang sis nak kongsikan ni. Korang hanya perlukan tiga bahan je nak untuk rawatan ni.

3 bahan yang wajib ada adalah oatmeal,putih telur dan lemon. Tiga bahan ni sangat lah berfungsi untuk menaikkan seri muka tu dan yang paling best, confirm selamat! Jadi korang tak perlu risau tentang keselamatan kulit korang tu.

Langkah mudah untuk skrub muka

Cara-caranya simple dan mudah je. Korang campurkan semua bahan-bahan tadi dan gaulkan sehingga ia menjadi likat seperti pes. Kalau korang tak nak campurkan sedikit jus lemon tu pun tak apa.

Jus lemon itu hanya untuk menghilangkan bau hanyir putih telur, ada sesetengah orang boleh tahan bau dan ada pula yang tak tahan. Jadi terpulan pada diri masing-masing.

Setelah bahan gaulan tadi dah menjadi likat dan cukup lumat, korang tepekkan pada muka dengan rata. Pastikan ia sama rata.

Biarkan pes tadi meresap ke dalam kulit muka tu dan biarkan selama 30-40 minit. Sis suggestkan dekat korang timing paling sesuai nak amalkan tips ini adalah sebelum tidur dan sebelum korang tepek pada kulit muka, kena pastikan kulit muka korang tu bersih tau!

Foto:Unsplash

Setelah dia kering, korang bilaskan skrub pda muka tu dengan air yang bersuhu bilik. Kalau korang nakkan hasil yang lebih cepat, korang amalkan skrub organik ni 2 hingga 3 kali seminggu.

Sis harap artikel ini dapat menyelesaikan masalah kulit muka kusam tu dan jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan sekali!

Sumber:Siraplimau

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my