D-Life

3 benda pantang korang buat kalau tengah diet!

Oleh  | 

NAK turunkan berat badan bukanlah benda yang mudah. Nak lagi kalau kita dah biasa makan semua benda dan amalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ada yang dah berjaya lakukan diet, tapi tiba-tiba dia berhenti sebab dah penat.

Ada juga yang sampai paranoid menganggap semua makanan adalah musuh yang perlu dilawan. Namun, mengikut kepada ahli terapi Dr. Heather McKee, ada tiga benda yang kita semua kena perhatikan untuk menurunkan berat badan.

Jom baca!

 

via GIPHY

Berhenti diet

Menurut penelitian, 80 peratus akan gagal di tahun pertama diet mereka. Semakin nak kurus, semakin diet dan semakin itulah korang akan bertambah stress. Hasilnya, korang akan makan lebih banyak daripada apa yang korang biasa makan. Jadi lepas ini tak payah beriya makan sayuran sahaja sampai mendera diri. Cuma, kawal jumlah porsen setiap makanan yang korang ambil.

via GIPHY

Jangan timbang banyak kali

Timbang berat badan banyak kali pun adalah satu perbuatan yang boleh buat korang kecewa.  Berhentilah timbang berat setiap hari. Ini kerana korang akan rasa sangat tertekan setiap kali angka di alat penimbang  tidak turun. Kalau pun berat tak turun, tapi gaya hidup sihat sepatutnya dah boleh buat korang bahagia.

via GIPHY

Berhenti buat benda menyiksa diri

Ada juga yang hanya minum jus detox waktu diet. Jangan siksa diri sampai macam ini tau. Korang kena juga bersenam dan makan secara teratur. Benda macam ini akan buat diet korang lebih berhasil.

via GIPHY

Jadi, begitulah antara benda yang korang pantang buat bila dah mula diet. Ala, mula-mula memang la usah. Lama-lama korang akan terbiasa tau.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my