D-Life

3 fakta mandi yang korang kena tahu!

Oleh  | 

KALAU bercerita tentang mandi, memang itu adalah salah satu perkara yang wajib kita buat pada setiap hari. Sekurang-kurangnya kita perlu mandi 2 kali sehari. Tapi korang kena tahu juga, mandi pun kena ada cara yang betul tau. Bukan sekadar basahkan badan dan sabun je.

Ha, meh sini Dhia nak kongsi 5 fakta mandi yang korang kena tahu. So lepas ni korang boleh tahu cara bersihkan diri dengan lebih betul.

Mandi menggunakan air panas secara kerap boleh membuatkan kulit kita menjadi kering dan dehidrasi. Selalunya kebanyakan kita akan berfikir mandi menggunakan air panas akan menghilangkan segala kekotoran dan bakteria. Yes! Memang betul tapi kalau terlalu kerap mandi menggunakan air panas pun tak elok untuk kulit tau. Lama-lama kulit kita akan rosak.

Mandi terlalu lama akan mengakibatkan kulit menjadi gatal dan dehidrasi. Sebaiknya limit kan waktu mandi korang sekitar 5 hingga ke 10 minit sahaja. Tak salah nak mandi lama-lama sambil feeling-feeling menyanyi atau berangan tapi jangankerap sangat ye.

Menggunakan span mandi yang sama dalam tempoh yang lama akan mengakibatkan radang kulit. Ini kerana span mandi akan memerangkap bakteria atau kulat. Sebaiknya pastikan berus atau span mandi dikeringkan selepas penggunaan sebelum kegunaan seterusnya. One more thing, jangan gunakan span atau berus mandi pada muka korang ye kerana ianya boleh buat korang dapat radang kulit tau. Uish bahaya tu!

Baru-baru ini team Dhia berkesempatan menghadiri pelancaran produk Mandi by Elizabeth Tan. Pelancaran produk yang berlangsung di Acme Bar & Coffee pada 6 Mac lalu telah memperkenalkan produk mandian dengan tagline “semua tentang sensasi”. Menurut Elizabeth Tan atau dikenali sebagai Lizzy, tercetusnya idea untuk melancarkan produk Mandi ini apabila dia ingin berkongsi sesuatu perkara yang disukainya kepada orang ramai. Mandi adalah produk yang direka khas untuk memberikan keselesaan dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada pengguna Mandi.

Produk Mandi mempunyai rangkaian seperti gel mandi dan ubat gigi. Wow menarik betul idea Lizzy untuk hasilkan ubat gigi. Bukan calang-calang artis tau ada produk mandian sendiri! Apa yang menarik minat Dhia adalah variasi yang dihasilkan dari produk Mandi ini sangat menarik. Dengan perisa tersendiri seperti Cream Dream, Fresh Fresh Baby!, One In A Melon dan Sereni-tea, penjagaan mulut Mandi ternyata berbeza berbanding ubat gigi zaman dahulu. Disertai dengan gel mandian seperti Velvet Dunes, Wild Cashmere dan Aqua Duvet, produk Mandi memang dicipta untuk mengubah rutin harian korang kepada kebahagiaan gitu.

Cantik kan packaging produk Mandi ni? Belum lagi bau dan strukturnya mesti lebih sensai, hebat dan harum! Ubat gigi Mandi pun tak kurang hebatnya. Perisa yang disediakan pun ternyata mampu membawa kita keluar daripada kebiasaan. Lepas ni mesti korang rajin mandi punya!

Korang boleh check it out www.mandi.com.my untuk tahu lebih lanjut tentang produk Mandi. Nak beli pun boleh terus ke sana tau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my