D-Life

3 perkara yang disalah faham tentang gula

Oleh  | 

SARANAN pengurangan dalam mengambil gula adalah sangat penting demi untuk menjaga kesihatan kita. Tapi jangan lah korang sentiasa memburukkan gula ni sebab gula ni pun sebenarnya ada fungsinya pada badan kita.

Kalau korang mengambil gula secara berlebihan memang lah akan mengalami kesa buruk. Sama juga seperti garam dan sebagainya. Ada beberapa mitos yang cuba untuk memburukkan gula dan membanggakan perkara lain.

Menurut pakar, penyakit jantung dan obesity bukanlah berpunca dari ambil gula berlebihan, tetapi berpunca dari lemak tepu di dalam gula yang dijual di pasaran. Ni sis nak kongsikan dekat korang mitos-mitos tentang gula yang korang kena tahu.

Pemanis Semula Jadi Lebih Baik Dari Gula Biasa

Perkara yang korang perlu tahu tentang pemanis semula jadi seperti madu, sirap maple juga mempunyai kadar gula yang sama seperti gula biasa. Ianya akan memberi kesan kepada badan sama seperti gula biasa da nada kajian menyatakan pengambilan gula semula jadi ni mampu membuatkan perubahan hormon dan menambahkan selera makan. Jadi korang akan bertambah berat badan disebabkan korang tambah berselera.

Foto:Unsplash

Jangan Mengambil Gula

MItos yang perlu korang tahu tentang gula adalah gula juga sangat penting di dalam tubuh kita jadi tidak mengambil gula langsung menjadikan kita berisiko untuk sakit jugak. Otak kita memerlukan gula dan jika tiada gula otak akan menjadi lembab dan lemah. Jadi jangan lah ambil berlebihan dan jangan lah tak ambil langsung.

Foto:vidafitnessblog.com

Buah-buahan lebih baik dari gula biasa

Buah tidak boleh dikatakan sebagai makanan manis yang baik untuk menggantikan gula sepenuhnya. Sebabnya kalau kita mengambil berlebihan pun ianya mampu memudaratkan contohnya seperti pisang, ianya mempunyai kandngan gula yang sangat tinggi dan tidak disarankan untuk mengambil berlebihan.

Foto:Unsplash

Sis harap artikel ni dapat membantu korang sedar dan clear sikit penjgelasan tentang mitos pasal gula ni. Jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan ya!

Sumber:Iluminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my