D-Life

3 risiko untuk orang yang biasa makan cepat!

Oleh  | 

ORANG tua-tua selalu cakap, kalau makan tu biar perlahan-lahan. Nanti tercekik.

Tapi sebenarnya bukan itu sahaja kebenaran nasihat orang-orang tua ini. Ada banyak lagi sebab dan akibat yang tidak diceritakan oleh mak-mak kita tentang keburukan makan laju-laju.

Meh Dhia nak cerita bahayanya kalau makan gelojoh ni.

Risiko penyakit jantung

via GIPHY

Menurut pakar jantung Dr. Takayuki Yamaji dari Universiti Hiroshima mendedahkan mereka yang makan terlalu cepat berisiko untuk terkena penyakit jantung. Yamaji telah meneliti lebih daripada 1000 peserta setiap 5 tahun. Mereka dibahagikan kepada tiga kelompok bermula daripada yang paling lambat makan, normal dan cepat makan. Hasilnya menunjukkan mereka yang makan terlalu cepat terkena penyakit jantung dan strok.

Obesiti

via GIPHY

Mereka yang makan terlalu cepat tidak dapat menelan dengan baik. Kesannya, tubuh tidak betul-betul berasa kenyang. Bila kita mengunyah dengan tenang tanpa tergesa-gesa, otak kita cukup waktu untuk menghantar signal rasa kenyang. Oleh itu kita akan cepat berhenti makan kerana kita cepat terasa kenyang.

Diabetes

via GIPHY

Sebuah kajian dari Lithuania pada tahun 2012 mendedahkan fakta bahawa diabetes boleh terjadi sekiranya kita makan terlalu cepat. Ini kerana makan terlalu cepat akan meningkatkan kadar gula dalam badan dengan cepat dalam satu masa. Tidak mustahil untuk berlaku keadaan dimana sel tubuh tidak memberi respon terhadap ketahanan insulin dalam badan. Kesannya, tubuh kita tidak mampu untuk mengendalikan gula di dalam badan.

Jadi, kalau makan tu kunyah relaks. Jangan gelojoh sangat okey? Kalau bakal mertua tengok pun dia tak berkenan. Hiks!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my