D-Life

3 sebab kenapa orang pakai stoking waktu tidur!

Oleh  | 

NAK dapatkan tidur yang berkualiti? Bukan sahaja keadaan bilik, tapi pakaian kita sewaktu tidur pun memainkan peranan penting. Sebab itulah ada yang tak sah kalau sebelum tidur tak pakai stoking kaki.

Stoking kaki yang selesa dan tidak ketat boleh membuat kita cepat nyenyak untuk tidur. Selain itu, ada juga beberapa perkara lain tentang kebaikan memakai stoking.

Menghangatkan tubuh

via GIPHY

National Sleep Foundation menyatakan bahawa memakai stoking dapat menjadikan kita tidur lebih nyenyak. Jika kaki kita berasa dingin dan sejuk, pembuluh darah akan menyempit membuatkan tubuh kita akan berasa seperti gelisah.

Namun, dengan memakai stoking kaki, ia dapat membantu tubuh kita mendapatkan suhu yang seimbang. Suhu tubuh seseorang biasanya akan turun pada malam hari dan paling rendah pada pukul 4 pagi. Jadi, menjaga kaki untuk kekal hangat boleh menjaga suhu tubuh dan melebarkan pembuluh darah.

Mencegah ‘Hot Flash’

via GIPHY

Okey, Hot Flash adalah keadaan tubuh apabila badan tiba-tiba mengalami panas, berpeluh dan jantung berdebar. Keadaan ini biasanya berlaku kepada perempuan yang sudah memasuki fasa menopause. Jadi, kalau ibu atau nenek korang mengalami hot flash, cuba pakaikan stoking di kakinya.

Terhindar dari penyakit ‘Raynaud’

via GIPHY

Raynaud adalah penyakit apabila badan tiba-tiba terasa kaku dan sejuk pada keadaan tertentu. Perkara ini mempengaruhi pembuluh darah dikulit dan aliran darah yang kurang sehingga menyebabkan tangan dan kaki tidak merasa apa-apa. Jadi, memakai stoking boleh menjaga badan kita daripada mati rasa.

So, apa lagi? Bermula malam ini, jangan lupa pakai stoking sebelum tidur. Bagi korang yang tak ada stoking tu, jom beli stoking comel dekat kedai sekarang!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my