DhiaLova

4 ayat ini boleh buat kamu bersilat dengan BF. Elakkan!

Oleh  | 

BIASALAH perempuan kan, sekali-sekala pasti dirudung emosi. Sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak merajuk dalam perhubungan. Tapi dalam marah-marah tu, perempuan mungkin tak sedar yang dia terucap atau terlafaz sebaris ayat yang boleh bikin gaduh. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, hah berantakan la beb!

Ini Dhia kongsikan dengan kamu 6 ayat yang seboleh-boleh tolonglah elak, kalau kamu tak mahu gaduh dengan BF atau suami kamu!

 

“Ceraikan saya!”

Eh kakak, cerai-cerai ni jangan buat main okay! Ayat ni memang nampak simple, tetapi kalau dah selalu sangat kamu ucapkan sampai jadi tabiat, kamu harus berjaga-jagalah. Lelaki memang pantang ya dengar ayat ini, kerana mereka akan rasa tercabar. Kalau si dia hilang sabar sikit je, hah, menjanda la kamu seperti mana yang kamu minta. Jaga-jaga!

 

“Saya okey”

Okay, girls. Boleh tak belajar untuk jujur; kalau kamu memang tak okey, cuba untuk jangan nafikan. Cakap je “tak okey” atau terus terang dengan apa yang kamu tak selesa atau tak puas hati. Lelaki memang cepat meluat kalau dia tahu ada sesuatu yang tak okay, tetapi kamu beritahu kamu okey walaupun hakikatnya tidak – kamu tetap bermasam muka, mogok lapar dan tak mahu berbual. Hah, kan mengada-ngada dan cari gaduh namanya tu!

 

“You tak sayang I ke?”

Image result for man and woman quarrel

FOTO: VideoBlocks

Honey, lelaki ada sejuta cara untuk tunjuk dia sayangkan kamu. Dia tidak beritahu, tidak bermaksud dia tak sayang kan. Jadi janganlah sesekali berkata demikian. Kamu bayangkan, si dia bersusah payah macam-macam untuk tunjuk dekat kamu dia sayang kamu, tiba-tiba kamu lontarkan pertanyaan begitu. Tidak ke kecil hati BF kamu nanti? Terus buat gaduh.

 

“You ni, kenapa tak boleh jadi macam bla bla bla”

Whoa, gegadis sekalian. Sangat tidak cool ya untuk membandingkan teman lelaki atau suami kamu dengan seseorang yang lain. Kamu sendiri pun, mesti tak suka kan kalau si dia bandingkan kamu dengan wanita lain? Jadi janganlah samakan dia dengan orang lain, tak kisahlah kawan kamu, keluarga kamu atau sesiapa pun. Lagi parah, janganlah bandingkan si dia dengan ex kamu. Kecil hati si dia nanti.

 

Jadi kamu kena elaklah guna empat ayat ni ya. Jangan sampai bersilat pula dengan si dia!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my