Be-You-Ty

4 benda ‘basic’ yang korang kena tahu pasal penjagaan kuku

Oleh  | 

SELAIN kulit wajah dan rambut, ramai gadis yang mengabaikan penjagaan kuku. Walhal, kuku juga mencerminkan keperibadian dan kesihatan diri seseorang.

Kalau kamu rasa potong kuku je dah cukup, kamu silap sebenarnya. Selain daripada pergi salon kuku, penjagaan di rumah juga memainkan peranan untuk dapatkan kuku yang cantik dan sihat.

Nak tahu caranya? Ini Dhia tunjukkan.

 

Stop! Jangan gigit kuku

 

Menggigit kuku ni dah jadi tabiat buruk yang susah nak dibendung untuksesetengah orang. Kalau kamu salah sorang penggigit kuku, pleaseee stop habit ni okay. Selain dari terdedah dengan bakteria dan kuman, kuku jadi mudah rapuh dan senang terkena jangkitan kulit.

 

Moisturize kuku

FOTO: Style Gods

Sama macam kulit, kuku pun perlukan kelembapan yang cukup setiap hari. Selepas mencuci kuku dengan air suam, sabun dan berus khas, apa yang kamu perlu buat adalah moisturize kuku. Tujuannya untuk pastikankuku dan kulit sekelilingnya sihat.

Kalau kamu taknak beli moisturizer kuku tu, kamu boleh je gantikan dengan losyen biasa, gel aloe vera ataupun minyak castor. Sebaiknya lakukan setiap kali sebelum korang tidur. Janji kena rajin moisturize, barulah kuku cantik dan bersinar!

 

Manicure sebulan sekali

FOTO: Time Out

Mesti kamu fikir manicure tu perlu pakai nail polish segala kan? Tak lah, bukan tu je. Cuba cari masa dalam sebulan tu untuk kamu manjakan diri kat salon kuku dan buat appointment dengan pakar kuku. Membersihkan kutikel dan kemaskan sisi kuku pun dah memadai.

Sesetengah pakar akan cadangkan untuk tolak kutikel ke belakang tapi selebihnya mengatakan tabiatni akan meninggikan risiko untuk mendapat jangkitan dan sebaiknya dielakkan. Kalau kamu ada beli alat-alat manicure, jangan lupa untuk sentiasa bersihkan alat-alat tu lepas guna okay! Hygiene tu penting tau.

 

Amalkan pemakanan yang sihat

Apa yang kamu makan pun perlu dititikberatkan okay. Kamu kena makan makanan yang mengandungi vitamin B, contohnya kuning telur, kekacang, tempe dan pisang. Untuk mengelakkan kuku terbelah, kamu perlu juga ambil makanan yang mengandungi biotin seperti hati, salmon, avokado dan juga sweet potato.

Hasilnya badan yang sihat sekali gus kuku yang berkilau!

 

Sumber:  OhBulan!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my