Serious?!

4 benda ini memang korang tak boleh lupa sepanjang AJL34!

Oleh  | 

SEBUT sahaja Anugerah Juara Lagu, masing-masing dah tahu ia adalah malam yang memang akan menjadi trending bagi menghargai lagu dan bakat mereka yang bertungkus-lumus di dalam industri muzik tanah air. Semua perkara akan menjadi perhatian dan tumpuan. Para netizen dah ready nak kecam dan nak puji melambung-lambung setiap inci persembahan dan pergerakan di malam AJL. Ha, seram tak?

Bukan sahaja lagu dan vokal yang dipertaruhkan di pentas berprestij AJL. Elemen lain seperti cara penyampaiam lagu turut menjadi perkara yang dititikberatkan penyanyi. Bermacam konsep, gimik, dan gaya cuba ditampilkan untuk menghidupkan lagi persembahan mereka. Jadi, apa kata kita throwback sikit apakah antara gimik dan juga momen yang tak boleh kita lupakan sepanjang AJL 34 malam tadi.

Silap mata Akim & The Majistret

Beza sikit persembahan kali ini bila Akim & The Majistret bawa ahli silap mata di atas pentas ya. Dapatlah kita semua menjamu mata dan takjub dengan silap mata yang menggunakan daun terup yang tiba-tiba menghilang. Kemudian barulah Akim menyanyikan lagu Rampas. Sis memang mencintai lagu ini ya nak lagi bila dapat tahu Stacy si isteri tercinta yang tuliskan lirik. Hampir habis persembahan ada sejumlah daun terup jatuh dari syiling stadium dan ia tercetak gambar Akim dan The Majistret kepada kesinambungan daun terup yang hilang di awal persembahan tadi. Apalagi, berusaha la sis nak menangkap sejumlah daun terup itu untuk ditunjuk kepada rakan taulan. Gitu!

Siti muncul, tapi mic tak bunyi

Ramai dah tahu yang Dato’ Siti tak dapat nak buat menyanyi di AJL dan digantikan dengan Bob. Tapi Tokti buat satu stadium histeria dengan kejutan dia tiba-tiba muncul di tengah persembahan. Lepas 2o tahun Tokti tak muncul di pentas AJL, tiba-tiba pula buat comeback. Tapi mic tiba-tiba tak berbunyi ya. Jadi penonton kat rumah tak dengar part awal itu. Apalagi, ramailah netizen yang mengamuk di Twitter. Tapi pihak TV3 ada cakap kemunculan Siti terlalu last minute jadi mereka tak ready!

Naim Daniel Futuristik!

Siapalah yang tak kenal dengan Naim Daniel. Dah la muda, lagu sedap, attitude baik dan kreatif pula itu. Cantik betul set up dia memang sama macam apa yang ada dekat video lagu ini. Ada unsur animasi yang sangat wow bermain dengan AR yang nampak macam Naim nyanyi dekat angkasaraya. Baju dan make up pun memang on point.

 

Sean Lje tercengang tengok Aina Abdul

Sarah Suhairi ada memuat video klip di laman Instagram merakam pengacara terkenal Sean Lje yang tercengang sewaktu menyaksikan persembahan Aina Abdul. Amboi, kelakar ya!

Nampaknya persembahan AJL kali ini memang warna-warni dan penuh kejutan. Ada emosi, humor dan juga unsur suspen dalam persembahan. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Tak sabar nak tunggu AJL akan datang.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my