D-Life

4 benda korang kena buat bila nak cari kerja!

Oleh  | 

Kalau korang jenis membaca, korang mesti tahu cerita tentang graduan menganggur dan pekerjaan tak cukup adalah isu yang biasa dibincangkan setiap tahun.

Mana tidaknya, pekerjaan adalah benda penting untuk kita meneruskan kelangsungan hidup. Nak bayar sewa rumah, beli Sephora, nak beli baju lawa-lawa dekat Padini dan nak lepak dengan member.

Di zaman ekonomi tidak menentu ini, ramai graduan yang cuak dan risau kalau tak dapat kerja. Alrite geng, korang jangan gelabah sangat sampai satu apa pun tak gerak. Jom kita sama-sama prepare untuk dapat kerja!

Rancang perjalanan karier korang

via GIPHY

Kadang-kadang kita tak tahu pun mana nak pergi atau mana nak tuju. Tapi penting sebenarnya untuk korang rancang perjalanan karier korang walaupun kabur-kabur. Sekurang-kurangnya korang tahu apa yang korang buat dan faham hala tuju pekerjaan. Ambilah masa sejam untuk duduk dan fikir tentang masa depan. Barulah korang boleh google company mana yang tawarkan apa yang korang nak. Korang kena timbang tara banyak benda, ada company gaji banyak tapi suasana dalam office dia tak best. Ada yang gaji sikit tapi suasana office best gila.

Update resume

via GIPHY

Okey kalau dah tahu company idaman korang. Next step yang korang kena buat ialah update resume. Korang kena tonjolkan dan senaraikan kebolehan korang dalam resume. Pastikan resume korang nampak profesional dan tidak lebih daripada dua muka surat. Korang jangan lupa juga buat akaun Linked In dan update resume dekat situ.

Bina kenalan

via GIPHY

Dik, sekarang ini zaman dunia siber dan kita boleh merentas sempadan. Gunakan media sosial untuk korang tonjolkan diri korang. Jangan kuat sangat merapu di laman sosial. Sebab sekarang ini trend majikan akan tengok media sosial sebelum ambil korang kerja. Korang pun boleh cari Facebook bos korang untuk tahu ciri-ciri dan personaliti bakal bos korang. Boleh juga tanya pengalaman senior yang kerja dekat company yang korang nak masuk ni melalui media sosial.

Berlatih dan berlatih

via GIPHY

Okey, kalau korang dah dapat jawapan mana-mana company untuk ditemuduga. Korang patut bersyukur sebab ia adalah langkah kanan untuk dapat pekerjaan itu. Korang boleh buat mock interview dengan adik-beradik atau kawan korang. Suruh mereka nilai kebolehan dan cara korang menjawab soalan. Jadi, bila korang dah masuk bilik temuduga nanti, korang lebih bersedia.

Kalau korang dah buat semua ini tapi rezeki tetap tak memihak pada korang. Jangan putus asa. Teruskan mohon kerja lagi dan lagi. Ingat, keajaiban selalu akan muncul waktu kita dah nak give up. All the best!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my