Be-You-Ty

4 cara atasi masalah jerawat degil dengan menggunakan cuka apple

Oleh  | 

JERAWAT merupakan satu gangguan kulit yang sememangya tidak asing bagi setiap manusia. Banyak punca mengapa jerawat boleh timbul di kulit kita.

Antaranya adalah faktor-faktor cuaca, faktor permakanan dan kekurangan zat yang diperlukan oleh kulit. Bukan itu sahaja, jerawat juga boleh berjangkit kalau korang tak jaga dengan betul!

Jadi hari ini sis nak kongsikan dekat korang 5 cara merawat jerawat menggunakan cuka epal. Jangan risau, senang je tips-tips ni. Jom kita baca apa tips yang menarik.

Cuka epal sebagai toner

Sebelum sis nak cadangkan korang guna cuka epal ni, korang kena pastikan yang kulit korang tu tak ada alahan terhadap bahan ni. Jangan main terus sapu, test dulu okay? Bagi korang yang tidak mempunyai alahan tu, korang boleh amalkan cuka epal sebagai toner dan ia mampu untuk menghalang dan menyembuh jerawat.

via GIPHY

Caranya mudah saja, campurkan 2 sudu besar cuka epal bersama dua cawan air dan satu sudu teh segar bersama isi lidah buaya. Setelah dicampurkan semua dengan sebati korang simpan dalam botol semburan dan jadikan sebagai toner harian korang.

‘Mask’ muka

Cuka epal juga bagus untuk melicinkan kulit muka daripada jerawat.

via GIPHY

Caranya mudah saja, campurkan dua sudu cuka epal dan tiga sudu baking soda dan sapukan pada kulit sebagai mask muka kemudian bilas setelah kering. Masker muka ini bermanfaat untuk menghalang jerawat dan membersihkan kulit secara mendalam.

Hilangkan bintik-bintik hitam

Cuka epal juga dapat mengatasi masalah bintik-bintik hitam pada muka.

via GIPHY

Bahan yang di perlukan satu sudu teh cuka epal, 1 sudu teh madu, 1/2 cawan air bersama lima,1 sudu teh gula pasir dan 1 sudu teh hijau.

Campurkan kesemua bahan kecuali teh hijau. Rebuskan teh hijau dan biarkan airnya sejuk. Setelah disejatkan air, campurkan semua ramuan dan secara perlahan gosokkan pada muka dan bilas setelah 10 minit.

Menghalang jerawat daripada membesar

Dengan cuka epal juga ia dapat menghalang daripada jerwat kita membesar.

via GIPHY

Caranya adalah, gunakan dua sudu cuka dan campurkan dengan satu cawan air. Simpan campuran tersebut dalam botol semburan dan gunakan kapas untuk diletakkan pada jerawat korang selama satu minit. Setelah seminit, pastikan korang bilas dengan air.

Sumber:FreeMalaysiaToday

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my