Serious?!

4 penjara yang paling kejam dalam dunia

Oleh  | 

SEBUT je penjara, memang ramai orang kecut perut. Mana taknya, cuba bayangkan sekeras-keras mana pun seseorang itu, kalau masuk penjara dan luangkan masa bertahun-tahun lamanya terputus  dari dunia luar, memang akan kalah juga!

Itu pun penjara biasa yang masih lagi mempunyai keperluan asas yang diberikan supaya banduan untuk kekal hidup dan menjalani hukuman mereka.

So today, sis nak kongsikan dekat korang 4 jenis penjara yang paling kejam wujud dalam dunia ni.

Newgate Jail

Penjara ini memang popular dan terkenal degan keganasanya. Lebih kurang tahun 1750, sebelas individu diarahkan untuk membasuh dinding penjara tersebut sehingga mereka dijangkiti penyakit dan pembunuh bersiri dan pembunuh upahan dan perompak diletakkan dalam penjara tersebut. Banduan di dalam penjara ni sering dipukul melainkan ahli keluarga mereka membayar wang pelindungan dan ada juga yang mati sebelum dibicarakan.

Foto:london-ghosts.com

Bastille

Bukan penyanyi tu ya, tapi Bastille merupakan sebuah penjara yang sangatlah kejam dan ganas sehinggakan pada hari kemusnahnya, negara Perancis menjadikan hari tersebut sebagai cuti umum. Banduan diturunkan menggunakan tali dalam penjara ini dan sel-sel yang mereka harus diami sangat gelap dan banduan tidak akan dilepaskan!

Foto:cdn.britannica.com

Macquarie

Macquarie merupakan penjara yang berada di sebuah pelabuhan dimana banduan-banduan terlalu ramai disumbatkan ke dalam penjara ini sehinggakan ada yang terpaksa tidur dalam keadaan berdiri. Bukan itu sahaja, banduan dikerah menjalani kerja-kerja berat dan itu tidak termasuk dalam hukuman mereka.

Foto:iluminasi.com

Urga 

Penjara urga merupakan penjara yang menjalani hukuman yang tersangatlah berat dan kejam. Banduan dikurung dalam sebuah kotak dan hanya kepala yang terkeluar dari kotak tersebut dan mereka diabaikan. Akibat hukuman sekejam ini, sehinggakan ramai yang mati kesejukan, terlalu panas dan masih lagi tidak ada siapa yang menguruskannya!

Foto:iluminasi.com

Sumber:Iluminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my