Dhiaventure

4 perangai ini boleh buat pramugari humban korang dari pesawat

Oleh  | 

SIAPA kata nak jadi pramugari ni kena cantik sahaja. Hello, sebenarnya benda paling penting ialah kesabaran yang tiada tandingannya. Mana taknya, mereka inilah yang kena hadap bermacam jenis manusia di atas pesawat setiap hari. Pramugari bukan sahaja bertugas untuk tunjukkan dimanakah tempat duduk korang dalam pesawat, tapi mereka juga bertanggungjawab nntuk memastikan keselamatan kita semua.

Namun baru-baru ini, Business Insider ada keluarkan sebuah hasil kajian tentang jenis perangai penumpang yang boleh bikin panas. Jom kita baca!

Pakai headphone

via GIPHY

Tak salah pakai headphone. Nak lagi bila penerbangan kita itu memakan masa sampai 8 jam. Tapi benda tak best bila kita pakai headphone ketika pramugari nak hidangkan makanan dan minuman. Kesian mereka terpaksa ulang balik menu makanan sebab korang tak dengar sebab asyik pakai earphone.

Sampah

via GIPHY

Ya, memang korang sejenis pembersih. Tapi janganlah sampai korang tak boleh sabar tunggu pramugari itu berjalan ke arah korang untuk pungut sampah. Ni ada pula yang sanggup berjalan jauh kebelakang pesawat semata-mata nak buang sampah.

Tak pakai tali pinggang keselamatan

via GIPHY

Benda lain yang menyusahkan pramugari ialah jenis penumpang yang tak reti duduk diam waktu isyarat tali pinggang keselamatan dinyalakan. Ada juga ibu bapa yang biarkan anak-anak berlari dan tidak pakaikan mereka tali pinggang keselamatam. Perbuatan macam ni sebenarnya boleh membahayakan penumpang lain di dalam pesawat.

Main duduk sesuka hati

via GIPHY

Walaupun dekat tiket dan ada nombor tempat duduk. Tapi masih tetap ada juga yang berperangai lahar duduk dekat tempat orang lain. Mana ada tempat duduk ‘bebas’ bila naik kapal terbang. Kalau naik bas tu mungkinlah boleh sukahati.

Jadi, inilah antara benda yang memang bikin pramugari panas dalam hati. Tapi mereka tetap profesional menjalankan tugas. Lepas ni, kita semua kenalah beradab dan berhati-hati bila di dalam penerbangan. Kalau kita mudahkan kerja orang, orang pun akan mudahkan kerja kita.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my