Serious?!

4 Tabiat yang boleh merosakkan penglihatan mata

Oleh  | 

MATA merupakan salah satu kegunaan utama dalam kehidupan harian kita. Sis faham kalau korang yang suka melaram tu, mesti ada banyak jenis contact lens.

Tambahan pula, contact lens mempunyai banyak warna. Tak salah untuk korang melaram dengan make up mata atau memakai contact lens tu, asalkan penjagaan mata tu kena la extra sikit.

Jadi untuk menjaga keselamatan mata,sis nak kongsikan dekat korang 5 tabiat yang korang kena elak daripada merosakkan mata korang tu.

Kanta lekap

Kalau kita pakai kanta lekap ni memang nampak cantik. Tambah pula lagi, kanta lekap ni bersepah dijual sampaikan yang murah-murah pun ada terjual. Tapi korang tahu tak ada kes yang menjadi buta selepas memakai kanta lekap ni. Tabiat memakai yang palsu dan tidak menanggalkannya sebelum tidur boleh menjadi penyebab utama mata kita buta!

Ubat-ubatan

Berhati-hati jika korang perlu makan ubat. Ya, ubat memang dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan, tapikan pernah tak korang baca ubat yang mempunyai tulisan ‘boleh menyebabkan kesan sampingan’ ? Kalau ada korang kena berhati-hati kerana kesan sampingan tersebut boleh menyebabkan korang rabun atau lebih teruk, buta!

Terdedah pada cahaya matahari

Melihat cahaya matahari secara berterusan boleh menyebabkan buta! Kalau korang nak sangat tengok cahaya matahri, pastikan korang memakai pelindungan yang bersesuaian okay? Buan setakat cahaya matahari sahaja, aktiviti kimpalan juga boleh menyebabkan mata kita menggelupas keluar! Ish ngerinya.

Merokok

Merokok ni memang banyak buruk padahnya. Bukan setakat boleh merosakkan keadaan tubuh badan dan fizikal kita, malah penglihatan juga boleh terganggu dan diserangi penyakit seperti katarak iaitu selaput putih yang mengaburi kanta mata.

Sis harap korang boleh pelajari untuk elakkan melakukan perkara-perkara di atas bagi memelihara kesihatan mata tu. Bukan apa, mata ni salah satu organ yang tersangatlah penting dalam kehidupan seharian dan tiada gantinya tau! Jadi, sebagai seorang yang bijak, jaga mata tu okay!

Sumber:Iluminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my