D-Life

4 tanda-tanda besar yang korang ada PTSD

Oleh  | 

SEMPENA hari kesihatan mental sedunia, sis nak kongsikan dekat korang semua apa itu PTSD atau Post Traumatic Stress Disorder. PTSD atau gangguan stress pasca trauma, merupakan sejenis gangguan yang melibatkan seseorang itu mengalami atau menyaksikan peristiwa traumatik.

Gangguan ini boleh melibatkan individu atau individu yang rapat dengan korang yang mengalami insiden yang berat sehingga meninggalkan kesan.

Individu yang mempunyai gangguan ini boleh menyebabkan kehidupan harian yang dijalani agak terganggu. Jadi, ia merupakan sesuatu perkara yang penting untuk memastikan korang rawat gangguan tersebut dengan betul.

So, hari ini, sis nak kongsikan dekat korang 4  tanda-tanda utama PTSD yang korang kena tahu.

Intrusive Memory

Intrusive memory atau gangguan memori merupakan sejenis simtom yang melibatkan memori berkaitan dengan peristiwa buruk yang telah berlaku. Selain dari itu, pesakit mengalami trauma seolah-olah peristiwa yang sama akan berlaku lagi atau dalam erti kata lain , pesakit mengalami flashbacks, mimpi buruk berkenaan dengan peristiwa yang sama dan stress dari segi emosi dan juga fizikal yang teruk.

Avoidance atau mengelak

Simtom ini menunjukkan pesakit sering mencuba untuk mengelak diri daripada memikir atau bercakap apa sahaja yang berkaitan dengan peristiwa trauma yang berlaku. Pesakit juga cuba untuk mengelakdaripada berada di tempat dimana berlakunya peristiwa buruk tersebut. Bukan itu sahaja, individu juga akan cuba mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang boleh mengingatkan pesakit kepada peristiwa trauma.

Perubahan mood dan cara pemikiran ke arah negatif

Salah satu simtom yang besar adalah individu menjadi lebih negatif dari segi mood dan cara pemikiran. Tambahan pula, perubahan tersebut lebih ke arah negatif seperti memikir perkara yang tidak elok tentang diri sendiri dan orang sekeliling. Pesakit juga turut berputus asa tentang masa depan dan menghadapi masalah untuk menerima perasaan yang positif.

Perubahan dari segi fizikal dan reaksi emosi

Beberapa perubahan boleh dilihat melalui fizikal dan emosi. Seperti contoh, terlalu berhati-hati dengan keadaan sekeliling, pemarah, mempunyai sikap yang suka menyakitkan diri, sukar untuk tidur dan bersifat ganas.

Untuk memastikan kesihatan mental korang, sis sarankan korang check tanda-tanda ni semua dan kalau ada orang sekeliling korang yang mempunyai tanda-tanda macam ni, lebih baik korang dapatkan rawatan awal.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my