SuperDeals

4 Tips jimat belanja dapur yang korang wajib amalkan!

Oleh  | 

HELLO geng! sebelum sis kongsikan tips-tips yang korang kena buat untuk berjimat cermat dalam membeli barang dapur, sis nak ucapkan dekat korang selamat tahun baru!

Sempena tahun baru ni mesti ada azam baru juga yang korang tanamkan pada tahun 2020 ni kan? Ha korang pastikan azam itu tercapai okay ?

Memandangkan masuk tahun baru ni dan korang pun semakin dewasa, jadi apa kata korang mulakan dengan tips berjimat cermat. Meh sini kita rancang bersama!

Stok Simpanan

Perangai menyimpan stok simpanan barang dapur ini sebenarnya bagus untuk berjimat. Sis cadangkan untuk korang beli ketika harga tengah promosi.  Kalau memang korang dah terdesak sangat, boleh  je korang beli dulu,kalau sanggup lah.

Sistem Pantri atau Inventori

Adalah lebih baik kalau korang simpan stok barang kering dalam pantri. Ini akan memudahkan korang untuk berjimat cermat dan tak perlu bersusah payah untuk bina kabinet atau sebagainya,cuma perlu simpan barangan kering tu dalam almari atau container yang besar!

Susun barang ikut tarikh luput’

Sebelum korang nak simpan stock barangan tu, apa kata korang susun mengikut tarikh luput dari yang paling cepat hinggalah yang paling lambat. Dengan cara ini tak adalah korang terlepas pandang tarikh luput tu dan membazir!

Rancang pembelian

Sebelum korang beli barangan dapur tu, korang lebih baik untuk rancang terlebih dahulu. Pastikan korang beli barangan dapur yang diperlukan sahaja dan jangan main beli sahaja! Dengan ini barangan dapur korang kekal fresh!

Dalam pada masa yang sama korang nak berjimat cermat tu, ni superdeals ada buat jualan barang kering yang dalam promosi, rugi kalau tak beli sekarang!

Sumber:Facebook

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my