Be-You-Ty

5 benda korang kena elak daripada ternak ‘blackheads’

Oleh  | 

BANYAK produk yang dijual dekat pasaran yang menjanjikan hasil yang gempak untuk rawat masalah blackheads ni. Tapikan sis tak pernah dengar satu pun review yang hasilnya cukup gempak seperti yang dijanjikan.

Sometimes,  dah terlalu banyak produk korang cuba tapi hasilnya sama jugak. Takut-takut nanti muncul masalah kulit yang lain pulak!

So, untuk menyelamatkan kulit muka korang menjadi lagi teruk, nah sis bagitahu sikit beberapa perkara yang korang tak patut buat untuk elak baja blackheads dekat muka tu.

‘Scrub’ muka tak boleh hilangkan ‘blackheads’ 

Sebenarnya scrub muka ni bagus untuk kelebihan yang lain dekat kulit muka. Blackheads lebih degil dari yang korang sangka! Korang tahu tak, kalau terlalu kerap scrub muka tu, kulit korang boleh jadi kering dan blackheads pun bertambah.

Jangan picit ‘blackhead’ tu!

Sis faham sometimes kita geram dengan blackheads yang banyak tumbuh dekat muka tu. Kalau korang picit, korang hanyalah menjemput iritasi pada kulit. Keadaan akan menjadi teruk dan tak pasal-pasal berparut pulak! Kalau dah rimas sangat, boleh pergi salon kecantikan dan buat facial. Baru betul!

Siapa kata pakai ‘Mask’ okay?!

Benda yang paling common bila cakap pasal rawat blackheads ni, mesti pakai mask. Korang tahu tak peel off mask hanya exfoliate sel-sel kulit yang mati. Mmeang akan berkesan buat sementara waktu je, tak lama lepas tu akan tumbuh balik.

‘Ingredient’ buang ‘blackheads’, berkesan sangat ke?

Kalau korang perasan, ada banyak produk yang dihasilkan selalunya bahan-bahan yang sering tertulis adalah peppermint, menthol, eucalyptus, microbeads dan macam-macam lagi. Walaupun banyak ingredient yang diorang pakai, benda ni hanyalah buatkan kulit korang jadi lebih berminyak atau kering.

Pelembap muka ‘greasy?’ ‘Thank you, Next’

Foto: lorealparisusa

Memang la moisturizer penting untuk jaga kulit muka kita. Tapi penting jugak untuk korang tahu pelembap muka mana yang sesuai dengan kulit muka tu. Salah pakai, memang bertambah lah blackheads korang, silap-silap, jerawat pun naik sama.

Pastikan korang gunakan cara yang betul untuk buang blackheads tu okay? Hopefully, lepas baca artikel ni, korang boleh elak lah kesilapan-kesilapan yang sis kongsikan ni.

 

 

 

Sumber: Ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my