DhiaLova

5 benda simple korang boleh buat supaya ramai orang sayang!

Oleh  | 

KALAU kita ni tak kaya, tapi kita ada ramai orang yang akan dengar setiap masalah kita dan tanya khabar. Sebenarnya ia sudah lebih dari cukup. Kita tahu yang sebenarnya kita tak pernah melalui sesuatu kesusahan itu seorang diri. Beruntunglah kalau kita mempunyai sahabat yang setia, baik, dan mempunyai peribadi yang hebat.

Jadi, kita perlu bersyukur dengan kehadiran sahabat-sahabat seperti mereka. Gaduh manja itu memang biasa. Tapi jangan biarkan ia menjadi terlalu besar sehingga merosakkan persahabatan korang. Ini ada 5 benda simple yang korang boleh buat supaya mereka lebih sayang kat korang.

via GIPHY

Selalu buat kawan ketawa

Kita semua memerlukan seseorang yang membuat kita gembira dan bahagia. Kalau korang boleh menjadi sebab seseorang itu ketawa, korang memiliki personaliti untuk mudah didampingi. Kalau nampak ada kawan-kawan yang sedih, ajaklah mereka keluar. Mesti mereka terhibur dengan lawak korang itu.

Ingat hari lahir mereka

Semua ingin rasa dihargai. Jadi, apa kata korang ingat tarikh mereka lahir dan berikan hadiah sempena ulangtahun kelahiran mereka. Tak payah mahal-mahal, asalkan ikhlas. Lebih menarik kalau korang boleh beri sesuatu yang dia tak sangka. Waktu hari lahir korang nanti mana tahu mereka lakukan perkara yang sama.

via GIPHY

Jangan cakap buruk tentang sahabat di belakang

Sahabat yang baik ialah mereka yang tak pernah mengutuk di belakang tetapi selalu berterus terang dengan sahabatnya di hadapan. Siapa yang nak keburukan kita dijaja dan disebarkan, betul yak? Lebih-lebih lagi jika dia adalah seseorang yang korang rapat. Jadi, jangan khianati kepercayaan sahabat-sahabat kita.

Tolong semampunya

Jika ada kawan-kawan yang sedang dalam kesusahan. Korang jangan teragak-agak membantu mereka. Kalau tak dapat membantu mereka dari segi wang ringgit, korang boleh mendengar dan sentiasa berada di sisi mereka.

via GIPHY

Jaga tutur kata

Kalau kita dah selesa dengan seseorang, selalunya kita akan main lepas sahaja cakap. Kalau nak tegur, pilihlah bahasa yang menyenangkan. Mereka mesti akan lebih terbuka, selesa kerana korang pandai menjaga hati.

Jadi lepas ini bolehlah buat semua yang sis cakapkan ini. Korang mesti akan lebih disayangi dan semakin dihargai oleh teman-teman sekeliling. Semoga berjaya.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my