D-Life

5 benda yang makin kita nak cepat, makin dia lambat!

Oleh  | 

KORANG mesti pernah berada di dalam situasi di mana makin korang nak cepat, waktu itulah semua benda rasa sangat lambat. Bila kita tak rushing dan santai siap boleh goyang kaki, tak ada pula dia nak lembap macam itu. Memang bengang la kita dibuatnya, kan? Apalagi, turun naiklah nafas kita menahan marah.

Sebenarnya ada beberapa situasi yang memang membuat kita rasa begitu lambat dua kali ganda kalau nak dibanding dengan keadaan biasa. Korang pernah tak rasa macam tu dekat situasi seperti berikut:

via GIPHY

Lif

Korang bayangkanlah, korang tak pernah datang kelas lambat langsung sepanjang hidup. Tapi waktu korang ada presentation tiba-tiba korang bangun lambat. Apalagi, dengan pantas kilat korang capai tuala nak mandi dan bersiap. Waktu nak naik ke kelas korang yang terletak di tingkat empat itulah lif korang alahai lambatnya. Korang pun tekanlah banyak kali dengan harapan lif korang akan cepat sampai dan terbuka.

BACA:Betul ke tekan butang lif banyak kali boleh buat pintu cepat tertutup?

Tengok video

Kita dah la nak sangat tengok video rancangan Korea kesukaan kita. Tengok syok dekat scene yang penting macam hero itu tinggalkan kekasihnya, waktu itu juga la tiba-tiba video tersekat-sekat. Aduh, menyampah betul. Kita baru nak menangis, tiba-tiba dah tak jadi. Lima minit lepas tu barulah dia elok balik. Kita pun penatlah tertanya-tanya apa jadi agaknya dengan nasib watak hero Korea tersebut.

via GIPHY

Data semput

Ini memang paling pantang. Kita dah la syok stalk crush kita dekat Instagram. Boleh pula data internet telefon bimbit kita perlahan. Nak tengok Instagram Story crush pun tak lepas. Padahal kita nak tahu hari ini dia keluar dengan siapa. Dah tak dapat nak tidur malam sebab asyik terfikir-fikir.

Lampu isyarat

Ini situasi yang sis sukar sekali untuk bersabar. Di kala kita nak cepat sampai pejabat sebab nak punch card lima minit lagi, tak tahulah dugaan apa yang terjadi sampai orang memandu pun perlahan. Lepas tu main telefon sampai tak sedar lampu isyarat berubah warna. Lepas tu, lampu isyarat pun kita rasa lama betul lampu merah.

via GIPHY

Tudung

Ini satu hal lagi. Sesiapa yang berhijab mesti tahu macam mana kita boleh moody kalau tudung buat masalah. Tak senang bentuk la, rambut terkeluar la,panas la. Semua masalah ini wujud waktu kita nak cepat pula tu. Memang baran.

Tapi rupa-rupanya masalah tudung ni memang boleh diatasi dengan Stailoz! Sis pun baru tahu yang inner tudung diorang ni memang best gila terutama untuk gadis berhijab yang sangat sibuk. Nak buat inner ni pun bukan cakai-cikai, diorang guna fabrik Liquid Titanium Polyester yang buat hijab tak berbau, kurangkan stres, antibakteria, boleh lepaskan toksin dalam badan dan yang paling penting selesa!

Ha! Tercegang juga sis bila tahu kelebihan inner mereka ni. Ada sembilan warna yang korang boleh pakai untuk pergi kelas, pergi kerja, bersuka atau pun pergi masak-masak dengan kawan-kawan. Harga pun sangat mampi milik iaitu RM99 untuk gaya penuh dan RM79 untuk gaya tiup.

Ni ada satu berita baik. Oleh sebab Dhia sayang korang, korang boleh beli inner Stailoz ni dengan harga diskaun 40% selepas menggunakan promo code kami iaitu: PROMO-DH Ya kawan-kawan 40%! Banyak tu! Cepat beli sebab ia hanya sah sehingga 30 November ini sahaja tau.

Apa yang menarik ialah promo code ini tak terhad nak beli inner sahaja, korang boleh beli barang-barang lain juga dengan diskaun 40%. Tak ada hal, boleh check out dekat link ini. Kalau nak belanja kawan-kawan pun perfect!

Apalagi, sebarkanlah berita gembira ini kepada dunia. Tak apalah jodoh lambat asalkan dapat diskaun lebat!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my