Be-You-Ty

5 cara awet muda untuk kekal maintain seperti anak dara

Oleh  | 

KORANG tahu tak sebenarnya tak perlu pun korang spend beribu ringgit untuk nampak kekal muda atau pun suntik botox!

Daripada korang berhabis duit ke situ, apa kata korang amalkan 5 jenis makanan ni yang dah tentu sihat dan boleh bantu korang untuk kekal cantik dan awet muda seperti anak dara.

Jadi, korang kena makan 5 jenis makanan ni supaya korang kena selalu makan jika korang nak kekal awet muda!

Lada Benggala

Lada Benggala mempunyai vitamin C dan antioxidant yang tinggi yang boleh manambah baikkan kesihatan kita. Bukan itu sahaja, lada bengala ini mengandungi karotenoid. Bahan ini merupakan sejenis pigmen yang yang boleh melindungi kulit dari toksik dan pencemaran udara.

Betik

Buah betik sebenarnya kaya dengan vitamin dan bahan mineral yang boleh membantu untuk pulihkan balik kulit kita. Korang kalau nak kurangkan garis kedut yang dah ada dekat muka tu ha makan lah buah betik ni selalu ya!

Blueberry

Buah beri mempunyai kandungan vitamin C and A  yang tinggi dan mampu membantu untuk kekalkan kolagen dalam badan. Buah beri ini juga mampu untuk mengurangkan kedutan dan memperbaiki warna kulit kita.

Sayur brokoli

Kalau korang nak anjalkan kulit tu, banyakkan makan brokoli. Sayur brokoli ini mempunyai antioksidan dan beberapa vitamin contohnya seperti C dan K yang sememangnya sangat bagus untuk awet muda!

Bayam

Sayur bayam mempunyai fungsi yang tinggi untuk anti penuaan dan salah satu khasiatnya adalah dapat melicinkan kulit. Bukan setakat itu sahaja, sayur bayam dapat juga menguatkan akar rambut kita dan kandungan vitamin K di dalamnya dapat mengelakkan keradangan dalam sel!

Sumber:Siraplimau

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my