SuperDeals

5 cara mudah untuk tangkap gambar seperti professional!

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Korang pernah terfikir tak bila tengah scroll instagram tu korang mesti perasan banyak betul gambar-gambar yang cantik.

Nak ambil gambar yang cantik ada caranya tau. Kalau korang perasan gambar-gambar yang banyak likes di social media tu mesti berbeza dengan gambar kita dan ada yang kalah artis tau!

Nak hasilkan gambar yang gempak macam tu tak perlu menggunakan kamera yang mahal-mahal pun. Guna smartphone korang je! Jadi hari ini sis nak kongsikan dekat korang macam mana nak hasilkan gambar yang lawa tu okay? Jom baca!

Peranan ‘lighting’

Cahaya memainkan perasan yang penting untuk menghasilkan gambar yang cantik. Jadi apa yang korang kena tengok adalah cahaya yang berada di belakang subjek dan pastikan ia seimbang supaya gambar yang di ambil itu tidak terlalu terang atau terlalu gelap.

 

Fokus

Mengambil gambar menggunakan smartphone semangnya mudah. Tapi part fokus ni korang kena perhatikan betul-betul supaya gambar korang tu tidak kabur dan jikalau di simpan didalam komputer riba pun tidak terjejas.

Latar belakang

Sebelum korang klik butang untuk menangkap gambar tu, pastikan korang perhatikan dahulu background sekeliling. Bukan susah pun , pastikan ia tidak terlalu menganggu subjek setelah gambar tu ditangkap.

Framing

Nak bergambar ni mempunyai banyak cara-cara yang berbeza dan kalau korang nak letakkan subjek dibahagian tengah, pastikan korang semak ruangan disekeliling subjek tu sama ada seimbang atau tidak. Tips ini bertujuan untuk elakkan gambar yang korang tangkap tu senget atau subjek terkeluar dari gambar.

Bersihkan lensa

Sebelum nak buat sesi bergambar tu korang kena semak dulu lensa korang tu ada kekotoran atau pun tidak supaya kualiti gambar korang tidak terjejas. Jadi pastikan korang sentiasa bersihkan lensa kamera tu ya!

Bila korang dah tahu teknik untuk hasilkan gambar yang betul, baru lah cantik dan setelah itu korang boleh lah buat koleksi gambar-gambar yang ditangkap tu. Sembang pasal koleksi, korang boleh kumpul dalam photobook baru lah nampak cantik. Superdeals ada membuat tawaran yang murah tentang photobook khas untuk koleksi gambar!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my