Be-You-Ty

5 cara murah menghilangkan selulit pada punggung dan peha

Oleh  | 

SELULIT merupakan satu masalah yang biasa dihadapi oleh kaum wanita. Ia bukanlah merupakan sesuatu yang boleh membahayakan kesihatan kita.

Selulit ini hanya lapisan lemak yang tersorok dibawah kulit. Ramai yang menyangka selulit tidak akan menyerang tubuh manusia yang langsing. Sebenarnya fakta itu tidak benar.

Menurut kajian,selulit merupakan kandungan lemak yang belebihan dalam badan dimana dia memberikan tekanan pada tisu penghubung dipermukaan kulit.

Nak buang selulit ni sebenarnya tidak memerlukan kos yang mahal pun. Hanya dengan bahan organik dan kerajinan pada diri sahaja diperlukan. Jadi hari ini sis nak kongsikan dengan korang macam mana nak hilangkan selulit menggunakan bahan dari alam semulajadi.

Singkirkan kulit kering berlebihan

Kalau korang perasan, ada terjual dimana-mana berus badan khas yang digunakan untu mandi. Gunakan berus badan tu pada bahagian badan yang diserangi selulit ketika mandi. Gunakan pergerakkan satu arah dan memanjang dan elakkan berulang alik.

Korang boleh jugak berus selulit tu dalam bentuk bulatan nengikut lawan arah jam.Kaedah ini dapat menbantu melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan ketegangan kulit.

Skrub Kopi

Gunakan 1/4 cawan serbuk kopi yang dicampurkan dengan 3 sudu gula dan 3 sudu minyak kelapa atau zaitun. Gaulkan sehingga ia menjadi likat seperti pes. Setelah likat, lumurkan pada tempat yang bermasalah dan kemudian balutkan dengan wrapping plastic.Biarkan dalam 20 minit kemudian bilas dengan air. Kulit pun akan merasa lebih segar!

Omega 3

Selain daripada skrub, korang kena juga jaga makan. Elakkan makan makanan yang terlalu berminyak malah, lebihkan makan makanan seperti sayur-sayuran supaya dapar membantu mengimbangi hormon dan mengurangkan selulit pada badan. Minyak omega 3 mempunyai oelbagai kaedah pada kesihatan kita. Antaramakanan yng mengandungi omega 3 adalah seperti kekacang walnut,pecan,chia seed .

Minyak aromaterapi

Korang juga boleh menggunakan minyak kelapa dara,minyak zaitun atau krim pelembap. Gunakan minyak yang ada untuk mengurut pada bahagian yang mempunyai selulit. Kulit pun akan menjadi lebih sihat dan cantik!

Apple Cider

Cuka epal merupakan satu bahan yang boleh menghilangkan selukit dengan cepat. Bahan yang mengandungi mineral,potassium dan kalsium ini agak penting untuk menyingkirkan toksin yang terkumpulpada peha dan perut. Campurkan air dan cuka epal dan urutkan pada bagaian berselulit. Kemudin,balutkan peha atau perut dan biarkan selama satu jam. Setelah selesai,bilas dengan air.

Rajin-rajinlah amalkan tips ini dan pasti kesan selulit tu akan hilang! Semoga korang berjaya dan jangan lupa kongsikan pada kawan-kawan ya!

 

 

 

Sumber:Siraplimau

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

x
dhia.com.my