SuperDeals

5 diet paling tak masuk akal manusia pernah buat!

Oleh  | 

TAK tahulah mana datangnya idea yang mengatakan kalau kita ada badan ala-ala patung Barbie, kita adalah manusia paling cantik sedunia. Jadi, ramailah para wanita dekat luar sana yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat pinggang ramping dan tinggi lampai ala-ala patung. Kalau berat naik sikit, habislah menggelupur cari cara macam mana nak turunkan berat badan.

Mungkin korang dah biasa dengar diet sihat. Ha, kali ini best sikit sebab sis nak kongsi diet versi ‘kerja gila’ dan tak masuk akal sama sekali manusia pernah buat. Inilah dia 5 benda unik orang buat sebab nak kurus. Jom baca!

Bedah lidah

Memang gila! ada dua orang wanita dekat Amerika Syarikat yang pernah buat diet ini. Cara diet ini diperkenalkan oleh seorang pakar bedah, Nicolas Chugay pada tahun 2009. Mereka akan menjahit lembaran plastik dekat lidah yang menyebabkan wanita berkenaan hanya boleh makan apa-apa makanan berunsur cairan dan tahan lapar. Lidah korang akan mati rasa dan hilang nafsu makan. Mereka yang telah mencuba cara ini hilang 10 kg dalam masa 30 hari.

Potong perut

Ini satu lagi benda yang dilakukan oleh Julie Dunbar untuk mendapatakan tubuh yang langsing. Dia pun memutuskan untuk melakukan operasi mengecilkan perut. Daripada 130 kg, dia telah menurutkan berat 38 kg selepas melakukan pembedahan ini. Tapi yang malangnya, lepas pembedahan ini dijalankan, badan dia tak boleh menyerap nutrisi. Jadi, dia kena makan 5000 kalori setiap hari untuk bertahan hidup.

Makan telur cacing pita

Pada tahun 2009, wanita asal Hong Kong telan telur cacing pita untuk turunkan berat badan. Bukan itu sahaja, pil berisi cacing pita dan telur cacing pita pun dijual dengan meluas. Memanglah boleh turunkan berat badan tapi berbahaya tau pada tubuh.

Diet matahari

Ini memang diet ekstream sehingga menyebabkan seorang perempuan maut lepas buat benda ini. Diet matahari ialah diet yang melibatkan spiritual di mana seseorang berhenti makan dan minum. Mereka hanya bertahan hidup menggunakan sinar matahari. Gila kan? Memang tak logik

Guna saluran makanan

Ini satu lagi benda gila bila bakal pengantin dekat Florida buat diet menggunakan saluran makanan. Alasannya ialah untuk nampak lebih langsing dan cantik di hari perkahwinan. Dalam masa 8 hari, dia kehilangan 5 kg. Tapi diet ini bahaya kerana boleh menyebabkan korang pening dan mual. Lagi parah bila korang susah buang air besar.

Jadi, lepas ini. Amalkan diet yang sihat. Jangan siksa diri korang hanya untuk kurus. Jaga pemakanan dan jangan lupa bersukan. Oh ya, kalau korang nak bersenam lebih efektif, apa kata korang beli ini. Semoga berjaya!

Sumber: Asli Indonesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my