Serious?!

5 Fakta menarik tentang Walt Disney yang korang kena tahu

Oleh  | 

Hello gadis trendy, harini sis nak share dekat korang fakta tentang Walt Disney. Bukannya tentang company tu tau, tapi sebenarnya tentang individu yang telah mencipta sebuah syarikat visual yang gah di mata dunia iaitu Walt Disney sendiri.

Walt Disney adalah seorang pelukis, producer, ahli perniagaan dan juga game-changer untuk seni visual di dunia. Beliau dilahirkan pada 5 Disember 1901 dan sekarang ni mungkin ada yang tak tahu Disney ni sebenarnya adalah orang sebenar bukan sekadar watak ataupun syarikat semata-mata.

So sis nak share dekat korang 5 fakta utama yang korang kena tahu tentang Walt Disney yang mungkin memberi inspirasi atau memberi korang ilmu baru tentang lelaki ni.

Walt Disney Gagal Menamatkan Persekolahannya

Korang jangan fikir pulak yang disengaja memang malas belajar dan tak suka nak belajar. Tapi beliau sebenarnya meninggalkan sekolah ketika berumur 16 tahun sebab nak join Red Cross ambulance Corps, sebab dia nak mengambil bahagian dalam membantu ketika perang dunia pertama.

Foto:www.mentalfloss.com

Walaupun umur minimum untuk mengambil bahagian adalah 17 tahun, Beliau menukar tarikh di dalam sijil kelahirannya untuk join. Selepas perang tamat, beliau masih lagi berkhidmat dengan Red Cross sehingga lah pada tahun 1919.

Walt Disney Hampir Menjual Vacuum Untuk Hidup

Pada tahun 1923, Walt bersama abangnya Roy di L.A ingin mengejar impian dalam bidang animasi. Tapi Roy menjadi penjual vacuum dari rumah ke rumah ketika di L.A dan meminta Walt bersamanya menjual vacuum.

Walt hampir join abangnya tapi belum sempat beliau join, Beliau mendapat panggilan dari sebuah syarikat di New York meminta beliau membuat cerita untuk diorang.

Mickey Mouse Bukan Ciptaan Pertama Walt Yang Berjaya

Pada tahun 1927, Universal meminta Walt dan ketua animasi beliau Ub Iwerks untuk mencipta satu watak kartun untuk diorang. Watak tersebut adalah Oswald The Lucky Rabbit.

Oswald menjadi sangat popular dan pada tahun 1928, Walt ingin berunding untuk pembaharuan kontrak untuk watak Oswald, namun atas sebab masalah dalaman dan ingin memotong bajet dengan mengupah orang lain untuk melukis Oswald. Ini menyebabkan Oswald menjadi milik Universal sepenuhnya.

Setelah 8 dekad, tahun 2006 Disney dan Universal melakukan pertukaran pemilikan untuk karakter Oswald dan Disney mendapatnya semula dan Disney membenarkan pengulas sukan ESPN milik Disney, Al Michaels untuk berada di Sunday Night Football milik Universal dan NBC.

Walt Disney Bukan Pelukis Mickey Mouse

Pelukis sebenar Mickey Mouse bukan lah Walt dan karakter ini sebenarnya dilukis oleh ketua animasi Disney yang juga rakan sekerja beliau iaitu Ub Iwerks.

Sampai ke hari ini ramai yang menyangkakan Walt adalah pelukis Mickey Mouse dan Walt mengambil credit tersebut dari dulu lagi.

Foto:www.celebrationspress.com

Iwerks sebenarnya yang mencipta dan develop karakter tersebut tetapi Disney mempunyai kuasa penuh terhadap mickey Mouse disebabkan Ub Iwerks berkerja di bawah Disney.

Suara Mickey Mouse Adalah Suara Walt Disney

Dari tahun 1928 sehingga 1947, Walaupun Walt bukan lah pencipta sebenar Mickey Mouse, Beliau adalah suara asal disebalik Mickey Mouse.

Pada tahun 1947 barulah suara Mickey Mouse disuarakan oleh Jimmy Macdonald. Tapi Walt tetap menjadi suara Mickey Mouse untuk The Mickey Mouse Club

Sis harap artikel ini dapat menghiburkan korang dan kalau fikirkan balik kebanyakkan daripada kita sebenarnya membesar dengan kartun-kartun dorang!

Sumber:Mentalfloss

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my