Serious?!

5 Filem Korean wajib layan layan hujung minggu ini

Oleh  | 

BILA cakap pasal  filem Korea mesti rata-rata dari korang bersetuju yang Korea Selatan banyak menghasilkan filem-filem yang sangat menarik dan mampu menarik minat penonton untuk tengok.

Dari filem action sampai lah ke filem berunsur drama banyak yang korang layan kan? Sampai sekarang sis selalu dengar pasal cerita dari Korea yang dah lama ditayangkan tapi masih ramai suruh tengok contohnya macam cerita Train to Busan.

Haa disini sis nak share kat korang filem Korea yang korang patut layan walaupun cerita tu dah lama tau. Tapi korang jangan lah tak berpuas hati dengan pilihan sis ni, sebab ini keputusan personal sis je.

Miracle in Cell No 7 (2013)

Haa, rasanya dah ramai yang dah tengok cerita ni dan rata-ratanya semua menangis sebabkan cerita ni sangat menyentuh pelbagai emosi. Dari emosi bersifat kelakar sehingga lah bersifat sedih filem ini bukan calang-calangnya.

Foto:dramabeans.com

Walaupun filem ini dah lama namun ianya tetap akan menjadi kegemaran sis. Filem ini berkisarkan tentang seorang bapa yang menghadapi masalah mental seperti seorang budak telah dituduh membunuh anak ketua polis dan dimasukkan ke dalam penjara.

Ketika di dalam penjara, kawan bapanya telah berjaya menyeludup masuk anaknya untuk menemani bapanya. Pelbagai kisah menarik yang terjadi ketika anaknya di dalam penjara.

Extreme Job (2019)

Ni adalah cerita yang sangat popular di Korea dan mencapai box office serta diantara filem yang paling banyak ditonton di Korea Selatan. Cerita ni memang sangat kelakar dan mempunyai adegan aksi yang sangat menarik walaupun lebih kepada penyampaian komedinya. File mini mengisahkan tentang sekumpulan pasukan polis yang cuba ingin menyelesaikan kes dadah yang besar di sana.

Mereka menemui sarang penjenayah namun perlu menyiasat setiap gerak geri penjenayah dan mereka terus menyamar menjadi peniaga ayam goring di restoran berdekatan sarang penjenayah. Tanpa diorang sedar, perniagaan menjual ayam menjadi laku menyebabkan diorang terlupa yang diorang hanya menyamar.

Parasite (2019)

Ini pun adalah sebuah filem tahun 2019 yang wajib korang tonton sebab file mini menjanjikan kelainan yang amat sangat dan buat korang berfikir sejenak. Ianya mempunyai unsur komedi yang dark dan unsur thriller.

Memang tak bosan lah kalau korang tengok cerita ni. Cerita ni tentang satu family yang cuba menipu orang kaya disebuah rumah dan ianya bermula dengan menjadi seorang cikgu tuisyen di rumah sehingga lah satu keluarga miskin ini berkerja sebagai perkerja di rumah tersebut.

Namun, cara mereka mendapatkan kerja adalah dengan cara yang sangat berbeza dari biasa dan ada misteri yang berlaku di dalam rumah tu yang buat korang terkejut.

Along With The Gods Series (2017, 2018)

Filem ni mempunyai dua siri yang ditayangkan satu adalah Along With The Gods : Two World dan juga Along With Gods : The Last 49 Days. Filem ni korang kena tengok dua-dua sekali baru korang faham sebab ianya berkaitan dan kalau korang tengok satu je pun tak cukup sebab nanti korang tak faham.

Foto:en.wikipedia.org

Filem Along With The Gods ni juga diantara filem yang paling banyak tontonan di Korea. Filem ni mengisahkan tentang 3 Malaikat Maut yang perlu membawa roh ymanusia yang telah mati untuk melepasi beberapa peringkat judgement sebelum diberi peluang untuk dilahirkan semula.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my