Serious?!

5 Filem Stephen Chow Yang Mampu Buat Korang Gelak terguling

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Weekend ni korang buat apa? Korang duduk dekat rumah sebab nak layan movie kan? Tapi tak tahu nak layan movie apa? Haa apa kata korang semua tengok filem dari seorang pelakon dan pengarah yang terkenal di Hong Kong iaitu Stephen Chow.

Siapa yang tak kenal Stephen Chow, dia adalah pelakon Hong Kong yang berbakat sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengarah. Setiap filem lakonannya sangat terkenal dan membuatkan dia adalah antara pelawak yang terbaik dan disegani di seluruh dunia.

Banyak cerita beliau yang menarik dan selalu menjadi reference untuk pembuat filem dan pelawak lain contohnya seperti filem Kungfu Hustle dan Shaolin Soccer. Tapi harini sis nak share dekat korang 5 lagi filem terbaik Stephen Chow yang korang wajib tonton bila korang free

Journey To The West Series

Filem ni adalah sebuah filem yang diangkat dari novel classic China tentang raja monyet dan kawannya yang lain mengikut seorang Sami berjalan ke arah barat. Filem ni bersifat komedi dan berbeza sedikit dari kisah yang sebenar.

Foto:m.media-amazon.com

Ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu episod pertama bertajuk Conquering the Demons dan episod kedua adalah The Demons Strike Back. Korang kena tengok cerita ni sebab ianya sangat best dan berunsurkan fantasi dan komedi berlatarkan zaman negara China lama. Banyak aksi kungfu dan terbang-terbang dalam filem ni yang buat korang layan juga la.

Fight Back To School Series

Filem ni berlatarkan Hong Kong yang modern dan Stephen Chow adalah seorang polis yang terpaksa menyamar menjadi seorang pelajar sekolah demi menyelesaikan sebuah kes. Banyak scene yang kelakar dalam filem ni lagi-lagi bila beliau sendiri tak sanggup nak masuk sekolah balik dan tak boleh terima kenyataan yang dia kena belajar semula.

Foto:china underground.com

Filem ni mempunyai 3 episod dan korang kena layan semua sebab memang kelakar dan setiap episode mempunyai kes yang berbeza tetapi watak Stephen Chow tetap mampu membuat sis sentiasa gelak bila menontonnya.

Hail The Judge

Filem ni antara filem yang berlatarkan zaman negara China yang lama namun bersifat komedi. Ianya adalah filem yang sangat kelakar dan antara filem yang mengangkat nama Stephen Chow sebagai pelawak Hong Kong yang hebat.

Foto:trakt.tv

Filem ni mengisahkan seorang hakim yang penuh dengan korupsi dan dibenci oleh masyarakat. Namun dari seorang hakim yang jahat cuba untuk menyelesaikan sebuah kes dengan adil. Banyak scene yang kelakar dalam filem ni dan antara filem yang buat korang tak kering gusi menontonnya.

Justice, My Foot!

Kalau tadi cerita Hail The Judge adalah filem tentang Stephen Chow jadi hakim tapi dalam filem ni beliau menjadi seorang peguam. Dalam filem ni yang juga berlatarkan China lama, dia adalah seorang peguam yang hebat dan menyebabkan dia hidup senang namun dia berhenti menjadi peguam disebabkan kematian anaknya.

Foto:m.media-amazon.com

Namun dia agak sukar untuk berubah dari tidak menjadi peguam dan hanya focus pada perniagaan sahaja. Dalam filem ni banyak nilai yang baik dan semestinya komedi yang berlambak dan menarik.

God of Gamblers Series

Filem ni adalah antara filem yang menghimpunkan banyak pelakon-pelakon yang hebat dan disegani ramai contohnya seperti Andy Lau dan Chow Yun Fat. Episod pertama hanya fokus kepada kisah Chow Yun Fat sebagai seorang kaki judi handalan yang menjadikan beliau seorang God of Gamblers.

Foto:www.pinterest.com

Tetapi dalam episod kedua dan ketiga cerita lebih focus kepada Andy Lau dan Stephen Chow yang menggelarkan diri mereka sebagai anak murid kepada Chow Yun Fat dan mempunyai gelaran mereka sendiri. Filem ni sangat best dengan penceritaan yang sangat heroic dan menunjukkan kelebihan diorang masing-masing.

So ini antara filem yang terbaik dari Stephen Chow yang sis rasa korang kena tengok. Sebab apa guna kalua korang setakat layan Kungfu Hustle dengan Shaolin Soccer lepastu korang claim korang peminat Stephen Chow. Haa so jom tengok.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

x
dhia.com.my