Serious?!

5 hacks untuk korang yang kaki shopping online

Oleh  | 

ZAMAN teknologi canggih sekarang ni, nak shopping pun hanya one click away! Terdapat banyak platform online shopping yang wujud dalam dunia internet tu.

Oleh sebab itu, bermacam jenis barang yang dijual. Salah satu platform yang tengah naik sekarang ni. Daripada shopping sampai ke platform untuk korang menjual pun ada seperti contoh, Sis Jual.

Bila korang yang kaki shopping ni nak membeli barang dari internet, korang kena pandai untuk dapatkan harga dan barang yang berkualiti! Jadi, hari ini sis nak bantu korang dengan berkongsikan beberapa tips yang korang boleh guna.

Kekal dengan free-shipping

Online shopping platform memang banyak yang dicipta bagi memudahkan pengguna. Tapi, korang kena bijak dengan kekal dengan website yang memberikan free-shipping. Dengan cara ni korang boleh beli  product korang dengan lebih fleksibel dan senang untuk return barang.

Kupon, promo dan diskaun

 Langkah ini memang banyak digunakan dalam banyak aplikasi dan website-website yang lain. Dengan menggunakan teknik ni korang akan dapat rasa bezanya harga dan caj yang korang dapat. Jadi sis sarankan dekat korang untuk memastikan korang semak dan up-to-date dengan diskaun, promo dan kupon yang korang berpeluang untuk dapat.

Tak pasti nak beli? Letak dalam wish-list

Dengan cara ini, korang akan menjadi lebih mudah untuk membuat keputusan selepas korang tapis dengan pilihan-pilihan yang lain. Bukan itu sahaja, korang pun boleh la jimat sikit sebab tengah hold dulu daripada terlebih shopping. Tunggu bila sale tengah naik nanti!

Jangan mudah tertipu dengan SALE, SALE SALE!

Akan tiba satu masanya nanti naik mendadak naik! Korang jangan tertipu,sebab kadang-kadang taktik jualan murah itu adalah teaser je untuk sales terbesar! Dan kadang kala, harga yang konon diletakkan sebagai sale itu adalah harga orginal. Jadi pastikan korang bandingkan harga dulu sebelum nak buat keputusan untuk beli okay?

Gunakan debit kad anda

Ada kajian yang menyatakan pengguna yang menggunakan kad kredit untuk shopping lebih cenderung untuk overspend berbanding kad debit. Jadi untuk elakkan daripada membazir, sis sarankan dekat korang untuk guna kad debit je. At least korang tak la terlebih belanja dan budget pun tak lah lari!

Sis harap tips-tips ni dapat membantu korang yang suka beli barang secara online tu dan semoga korang tak membazir la nanti!

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my