Serious?!

5 hotel ini sebenarnya dah lama terbengkalai

Oleh  | 

PERNAH dulu ada seorang kawan cerita dekat sis pengalaman dia pergi travel solo dekat Thailand. Dia ada tempah satu hotel secara atas talian. Bila dah sampai satu kawasan dekat Thailand ni, dia dengan driver teksi pusing banyak kali tapi masih tak jumpa mana lokasi hotel yang dicakapkan.

Bila dah pusing banyak kali, entah macam mana hotel itu ‘muncul’. Hotel itu tak ada orang. Malam itu lepas mandi, kawan sis bentang sejadah nak solat Isyak. Tapi entah macam mana tiba-tiba ada orang mencakar-cakar dari dalam almari. Punyalah terkejut, malam itu kawan sis angkat barang dia semua dan tidur tepi pantai.

Esok pagi, dia pergi balik hotel itu. Tapi tak jumpa. Jadi nak elak benda macam ini jadi, korang kena tahu apakah antara hotel  yang dah lama terbengkalai.

 Grossinger’s Catskill Resort, New York

Hotel ini dibina pada tahun 1900 an, tapi bila dah tahun 1980 an terus ditinggalkan. Sebab pemilik hotel ini dah meninggal.

Rum Orphanage, Turki

Hotel ini mewah gila sebenarnya siap ada kasino. Tapi sebab hotel ini ada masalah tentang hak milik, terus hotel ini ditinggalkan pada tahun 1964.

Ponce Intercontinental

Hotel yang terletak dekat Puerti Rico, Amerika Syarikat ini sebenarnya dah lama ditutup sebab ada masalah kewangan.

Haludovo Palace

Hotel ni dulu mewah tau dan dibangunkan di Pulau Krk, Crotia. Waktu perang Yugoslavia dulu, habis perniagaan hotel diorang ni lingkup.

Varosha

Dulu dekat sini ada deretan hotel yang dibiarkan kosong sejak diserang oleh Turki pada tahun 1974. Apalagi, memang tak ada la orang nak duduk hotel ini dan jadilah ia hotel yang ditinggalkan.

Jadi, demikianlah antara hotel yang memang tak ada orang duduk. Kalau nampak orang tiba-tiba suruh korang check in dekat hotel ini. Jangan pergi pula. Mana tahu percutian korang yang sepatutnya indah bertukar mengerikan.

Sumber:IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my