Serious?!

5 jenis habit dibilik air yang merbahayakan kesihatan diri kita

Oleh  | 

HABIT merupakan satu perangai atau tingkah laku yang sukar untuk sesetengah individu merubah. Kadang kala kita tidak pernah endah pun pasal habit yang kita ada ni.

Korang tahu tak sebenarnya habit yang kita sering lakukan ini boleh menjejaskan kesihatan pada tubuh badan? Terutama habit yang diamalkan dalam bilik mandi.

Oleh sebab itu, sis nak kongsikan dekat korang 5 jenis habit yang menjejaskan kesihatan manusia. Jom baca dan ubah sama-sama.

Mencukur ‘private part’

Bulu pada bahagian sulit itu mempunyai fungsinya yang tersendiri dan mencukur boleh menyebabkan keradangan kulit yang teruk. Sis cadangkan dekat korang untuk menggunakan alat pencukur yang bersih dan sesuai untuk kulit. Atau korang boleh cuba untuk waxing!

Menggunakan berus badan

Berus badan atau loofah hanya begaus and berfungsi dengan baik jika masih lagi baru. Namun setelah ditinggal di dalam bilik air berserta kelembapan, boleh menyebabkan bakteria terkumpul dan kuman akan merosakkan kulit. sis cadangkan dekat korang untuk tidak meninggalkannya dalam bilik air dan kerap menukar kepada yang baru.

Meletakkan berus gigi atas sinki

Melakukan perkara sedemikian adalah satu perkara yang tidak bijak. Terlalu banyak bakteria di dalam bilik mandi dan sis cadangkan untuk korang menyimpan berus gigi korang tu jauh dari kawasan bilik mandi dan setiap 3 bulan, korang wajib tukar kepada yang baru!

Membawa gadget

Di zaman teknologi canggih ni, kebanyakkan daripada kita membawa gadget ke dalam bilik air. Bila korang keluar , lagi banyak bakteria yang melekat pada handphone tu!

Guna towel untuk lap muka

Tuala yang telah diguna pakai untuk mengeringkan badan tu dan korang lap pulak dekat muka yang dah bersih tu. Jangan pelik kalau jerawat atau segala jeragat tumbuh dekat muka tu! Sebaiknya gunakan tisu basah untuk lap muka.

Sumber:Brightside.me

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my