D-Life

5 Jenis makanan yang dianggap sihat sebenarnya tak!

Oleh  | 

HELLO guys! Hari ni sis nak share dengan korang beberapa makanan yang korang ingat sihat tapi sebenarnya tidak. Haa artikel ni elok lah untuk sesiapa yang baru nak start diet ke atau yang tengah jaga makan tu. Penting tau untuk korang elakkan makan makanan yang sis share ni. Kalau tak melepas lah target nak capai bodygoals tu. Bukan tak boleh makan dik, boleh cuma makanan ni tak sesuai untuk orang yang jaga badan.

Granola

sumber: Unsplash

Granola ni nampak je sihatkan? Jangan terpedaya ye! Walaupun bercampur dengan bijirin, tapi sebenarnya makanan ni tinggi dengan kandungan gula dan berkalori tinggi tau. Kadang-kadang sesetengah brand tu lagi tinggi jumlah gulanya. So be careful girls! Kalau nak selamat atau teringin nak makan, elok buat sendiri je. Pilih bahan organik dan campurkan saja.

Yogurt Berperisa

sumber:Unsplash

Yogurt ni pun salah satu makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Sepatutnya kaya dengan perisa buah-buahan yang semula jadi. Sebenarnya tidak ye. Hati-hati dalam pemilihan yogurt okay? Boleh je makan cuma choose wisely!

Dried Fruit

sumber: Unsplash

Buah-buahan yang kering ni pun sama tau. Makanan ni pun sebenarnya mengandungi gula yang tinggi. Bukan setakat itu je, dried fruit ni sebenarnya ada bahan pengawet yang digelar sulfur dioxide. Jadi elakkan dari jadikan dried fruit ni sebagai snack korang okay?

Cereal Bars 

Sumber :Unsplash

Mesti ramai yang ingat Cereal Bars ni sihatkan? Sebenarnya tak! Kandungan gula yang tinggi dan boleh menyebabkan berat badan korang naik secara mendadak! Oh no!

Kesimpulannya, siapa yang nak diet tu better korang study dulu food intake yang korang nak amalkan, kalau tidak, sia-sia je effort nanti. Dan memang jelaslah bahawa gula adalah satu bahan yang amat merbahaya jika diambil secara berlebihan.

So girls, watch out okay? Pengamalan makanan yang sihat adalah amat penting tau. Jadi, hati-hati dan jangan mudah terpedaya. Kalau nak selamat, banyakkan makan sayur fresh dan organik, buah-buahan dan minum air mineral yang secukupnya. Best of luck dari sis!

Peminat madu nah promosi untuk korang 10% off setiap pembelian di Love Earth. 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my