Be-You-Ty

5 Jenis makanan yang menghalang keguguran rambut

Oleh  | 

RAMBUT yang sihat dan tidak gugur adalah idaman bagi setiap golongan lelaki mahupun wanita. Tetapi disebabkan oleh beberapa faktor gaya hidup yang penuh stress, genetik dan pemakanan yang tak seimbang, rambut kita mudah rosak dan mengalami keguguran yang sangat serius. Masalah keguguran rambut ni boleh diatasi dengan mengamalkan pemakanan yang betul. Disini sis akan share dekat korang 5 jenis makanan yang boleh membantu mengatasi masalah keguguran rambut.

Tiram

Tiram mempunyai zink yang membantu pertumbuhan rambut mengekalkan kelenjar minyak pada kulit kepala berfungsi dengan baik. Kadar zink yang rendah boleh mengakibatkan pertumbuhan rambut yang perlahan,kelemumur dan keguguran rambut

Ubi Kentang

Ubi kentang mempunyai beta carotene yang mampu untuk mencegah masalah keguguran rambut. Apabila memakannya, badan anda akan menukarkan vitamin antioksidan kepada vitamin A. Vitamin A membantu dalam pertumbuhan sep dan tisu yang sihat termasuk rambut dan kulit kepala. Kalau korang kurang vitamin A, korang akan mengalami masalah kulit kering yang menyebabkan kelemumur.

Produk Tenusu Rendah Lemak

Produk tenusu rendah lemak seperti keju, yogurt mempunyai protein yang tinggi dan mampu menghalang kulit kepala menjadi kering. Ianya juga adalah sumber kalsium yang menguatkan akar kulit kepala dan mampu mengurangkan rambut gugur.

Buah dan Sayuran Hijau

Buah yang berwarna cerah seperti mangga,strawberi, nanas dan kiwi kaya dengan vitamin C. Ianya penting untuk membuat kolagen yang memberikan struktur kepada akar rambut untuk tumbuh dengan baik. Selain itu, sayuran hijau penuh dengan sumber vitamin A dan C dan zat besi serta kalsium yang baik untuk kulit kepala.

Telur

Telur adalah sumber protein yang sangat baik dan dapat menguatkan kulit kepala dan membantu dalam tumbesaran rambut. Telur kaya dengan vitamin B yang banyak membantu dalam kesihatan kulit kepala dan mempunyai zat besi yang provide oksigen kepada akar rambut. So ianya akan menjadikan rambut korang kuat dan sihat.

Sumber:Wonderlist

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my