Dhiaventure

5 Jenis ole-ole dari Bali wajib bawa pulang

Oleh  | 

BALI adalah antara tempat pelancongan yang terkenal di Asia. Mana tidaknya, lihatlah keindahan gunungnya, bayu dingin dan juga laut membiru. Tidak hairanlah ramai yang menjadikan Bali destinasi bulan madu mereka. Nak bercuti dengan kawna-kawan pun sesuai.

Tidak hanya pemandangan yang menakjubkan. Bali juga kaya dengan nilai seni dan budaya. Oleh itu, sayang tau kalau pergi Bali tapi tak membawa pulang ole-ole dari negeri seberang itu.

Berikut adalah antara cadangan ole-ole yang korang boleh beli untuk kenang-kenangan di hari muka.

via GIPHY

Batik motif khas Bali

Berbeza dengan batik yang selalunya bercorak bunga-bungaan, nampaknya batik Bali menunjukkan ciri berbeza. Kebanyakkan corak batik yang dihasilkan di Bali akan menampilkan corak bermotifkan bukaten, singa barong dan juga gambar penari Bali.

Produk penjagaan wajah

Bali juga menghasilkan produk rawatan wajahnya yang tersendiri dengana aroma istimewa. Semuanya semulajadi. Bolehlah cuba tau.

Ukiran khas Bali

Kalau korang jenis yang suka kumpul ukiran kayu yang berseni. Bali adalah tempat yang sesuai kalau korang nak beli. Memang agak berat sikit, tapi korang tak akan menyesal sebab hasil seni mereka mempunyai maksud yang mendalam.

Anting-anting Perak

Kalau nak lebih simple sebab tak nak bayar muatan tambahan dengan airport nanti, boleh je beli anting-anting ni untuk korang letak dalam beg. Anting-anting bali ini selain sangat cantik seninya, ia juga dibuat daripada perak tau.

Gantung kunci bola gamelan

Jangan lupa untuk dapatkan gantung kunci berbentuk bola gamelan ini tau. Wajib bawa pulang untuk kawan-kawan dengan Malaysia. Beli je banyak-banyak sebagai hadiah kepada kawan-kawan kita nanti.

Ha, lepas ni dah tahu nak beli apa kalau jalan-jalan dekat Bali nanti. Tapi hari-hari waktu beli-belah nanti. Risau bila balik Malaysia nanti korang makan mi segera pula.

Sumber: IDN Indonesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my