Serious?!

5 Kelebihan mandi air panas yang korang kena tahu!

Oleh  | 

ADA dua jenis mandian yang paling biasa diamalkan oleh manusia dalam dunia ini. Ada sesetengah individu memang suka mandi air sejuk atas sebab kesegaran yang diberi.

Manakala ada pula individu yang memang suka mandi air panas kerana ketenangan dan keselesaan yang dapat membuatkan kita lebih merasa relaks dan sebagainya.

Akan tetapi, ada fakta yang menurut sumber menyatakan memandikan diri dengan air panas ini ibarat berjalan kaki selama 30 minit! Wow! Jom ketahui dengan lebih lanjut kelebihan mandi air panas ni.

Tidur yang lena

Bagi korang yang mempunyai masalah sukar untuk mendapatkan tidur yang lena, sis sarankan dekat korang untuk mandi air panas.

via GIPHY

Korang tahu tak bila waktu malam menjelma, suhu badan kita akan menurun disebabkan hormon yang digelar melatonin.

Jadi kalau korang amalkan mandi air panas, suhu badan kita akan kembali normal dan mampu untuk membantu korang dapatkan tidur yang nyenyak.

Merehatkan otot

Keletihan kadangkala ada boleh berkait rapat dengan otot kita. Mahu tidaknya kalau dah sehairan korang sibuk melakukan aktiviti bekerja atau bersukan, mesti lah akan letih!

via GIPHY

Dengan mandi air panas sebenarnya adalah satu cara yang baik untuk merehatkan otot badan,merawat keradangan dan elak kecederaan!

Legakan demam dan selsema

Mandi air panas ketika demam atau selsema dapat membantu dengan membuka rongga hidung yang tersumbat. Ini dapat memberikan kelegaan pada tubuh. Bukan itu sahaja, bakteria jahat yang terkumpul juga akan digantikan dengan bakteria baik!

via GIPHY

Bantu bakar kalori!

Yes! Pada korang yang memang tengah nak bakar kalori tu , sis cadangkan korang mandi air panas!

via GIPHY

Kelebihan ini sangat berguna dan ramai orang tidak tahu haba yang dibawakan oleh air panas itu bantu membakar lemak yang ada dalam badan kita.

Kawal tekanan darah

Selain dari itu, mandian air panas ini sebenarnya dapat bantu mengurangkan tekanan dalam darah dan mengelakkan daripada penyakit merbahaya seperti penyakit jantung!

via GIPHY

 

Menurut sumber, mandi air panas ini dikatakan sangat sesuai untuk diamalkan pada waktu malam atau sebelum tidur!

Sumber:Bidadari.my

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my