Inspirasi Dhia

5 Lagu modern tentang Ibu yang korang wajib dengar

Oleh  | 

KALAU sis cakap pasal lagu yang berkaitan dengan ibu mesti korang teringat dengan lagu-lagu lama seperti lagu Untukmu Ibu dari kumpulan Exist, lagu Ayah dan Ibu dari Sudirman dan banyak lagi lagu-lagu lama yang mengangkat golongan yang digelar ibu ini.

Tapi mungkin korang jarang dengar lagu-lagu zaman kini yang menghasilkan lagu tentang ibu. Jadi di sini sis nak kongsikan dekat korang beberapa lagu zaman sekarang yang ditulis dan dinyanyikan khas buat Mama, Ibu, ataupun Mak mereka.

Ismail Izzani – Bidadari

Lagu Bidadari ini adalah sebuah lagu catchy yang kena dengan vibes yang ditonjolkan oleh Ismail Izzani. Walaupun lagu ini lagu yang catchy, tapi lirik yang ditulis oleh Omar K, dan Altimet telah menyampaikan tentang luahan seorang anak yang sedar tentang kepayahan insan yang digelar Ibu ini dan meletakkan mereka sebagai seorang bidadari yang sentiasa melindungi anaknya.

SonaOne –Mama Boys

Lagu yang ditulis sendiri oleh SonaOne ini lebih dekat pada pendengar apabila kita dapat mendengar luahan SonaOne yang sebenar kepada ibunya. Lagu ini adalah sebuah lagu yang berentak fun dan catchy yang boleh korang sing along sekali.

Ianya lebih kepada kita menghargai dan berbangga untuk menyatakan yang kita ni adalah anak Mak walaupun sudah dewasa. Dalam lagu ni korang boleh dengar SonaOne rap dalam bahasa Perancis tau.

Tajul – Ibu

Lagu ini hasil ciptaan Haqiem Rusli dan Fedtri Yahya yang mengetengahkan konsep balada. Ianya menyampaikan sebuah emosi yang datang dari anak yang memahami segala perit ibunya dan berjanji untuk menjaganya.

Lagu ni memang beremosi dan Haqiem Rusli memang pandai dalam memainkan emosi di dalam lagu-lagu ciptaannya. Muzik videonya juga sangat mendalam dan menyentuh kalbu.

Aziz Harun & Elizabeth Tan – Mama

Lagu ini mengetengahkan konsep golongan ibu ini adalah golongan superwoman dan sangat hebat dalam menempuh cabaran membesarkan anak-anak mereka. Lagu ini berentak catchy dan seronok untuk didengar.

Muzik Video lagu ini membuat konsep social experiment pada orang awam dan bertanyakan tentang ibu mereka sendiri. Lagu ini ciptaan Faizal Tahir dan semestinya lagu dari Faizal Tahir semunya penuh makna.

Sekumpulan Orang Gila – Bulanku

Lagu ni diantara lagu favorite sis sebabnya lagu ni sangat menyentuh jiwa sis ketika mendengarnya. Korang mungkin tak pernah dengar tentang band ni, tapi dua beradik di dalam band ni menghasilkan sebuah lagu didedikasikan kepada arwah ibu mereka.

Lagu ni berkonsepkan tentang ibu mereka yang mereka gelarkan sebagai bulan yang menyinari mereka dan tentang hari pemergian ibu mereka. Lirik lagu ni mampu untuk buat korang selami perasaan mereka di hari pemergian ibu mereka yang mungkin korang boleh relate.

Alif – Mama

Lagu ni save for the last di dalam pilihan sis sebabkan lagu ni time first time dengar sis tersentuh sangat disebabkan lirik yang ditulis oleh Alif ni sangat ikhlas ditujukan buat ibunya. Lagu bergenre rap ni sangat memainkan emosi apabila Alif menunjukkan sisinya yang seperti masih tidak dapat menerima kenyataan ibunya sakit.

Muzik Video lagu ni juga memainkan peranan apabila keluar kompilasi gambar lama Alif dan mamanya yang membuatkan penyampaian lagu ni sampai pada pendengar. Walaupun di dalam lirik ni menyatakan mamanya sedang sakit dan berharap beliau cepat sembuh namun penghujung lagu ni penonton mengetahui yang Mama Alif sudah pergi buat selamanya.

Jadi inilah di antara lagu tentang Ibu yang korang boleh dengar. boleh lah buat untuk melepaskan rindu korang padanya.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my