D-Life

5 langkah keselamatan yang korang perlu tahu kalau nak ke luar negara

Oleh  | 

BERCUTI dalam Malaysia adalah sangat berbeza berbanding bercuti atau travel ke luar negara. Di negara orang, semuanya berbeza dan akan menjadi sukar jika korang tidak ambil tahu apa yang perlu dilakukan.

Dari segi keselamatan, ada beberapa perkara yang korang kena expect dan tahu. At least kalau terjadi apa-apa korang tahu apa yang perlu dibuat.

Adalah sangat penting untuk memastikan keselamatan korang terjaga tidak kira lah kemana korang nak pergi. Lebih-lebih lagi di tempat orang dan bukan di tanah air sendiri. So, ni sis kongsikan dekat korang 5 langkah yang korang perlu amalkan. Jom baca!

Cara pemakaian

Bila di negara orang, tak perlu untuk korang memakai pakaian yang menunjukkan jelas yang korang tu adalah pelancong. Tak perlu menarik perhatian orang asing dengan berpakaian secara berlebihan. Lebih baik korang blend in dengan cara pemakaian mereka supaya korang tidak menjadi easy target!

Pastikan diri tidak sesat

Lebih elok kalau korang ada peta atau sebarang guidance yang berguna supaya korang tidak mudah sesat. Penting jugak untuk korang ambik tahu diamana keberadaan diri korang tu. Bukan itu sahaja, korang patut ambil tahu juga di mana terletaknya balai polis dan tempat kedutaan.

Kewarganeraan diri adalah rahsia!

Banyak kes yang tidak diingini menyasarkan mangsa yang mengikut kewarganegaraan diri. Jadi, korang sentiasa simpan atau sorokkan logo passport dan di tempat  lain yang boleh dilihat. Langkah yang sama diletakkan pada maklumat peribadi diri dan hanya ditunjukkan pada yang boleh dipercayai sahaja.

Nak ke mana tak perlu kecoh

Jika korang berbual atau bergaul dengan orang asing, wajib untuk korang sentiasa berwaspada. Dan kalau boleh hanya gunakkan nama samaran dan bukan nama sebenar. Tidak perlu berkongsi maklumat secara specific seperti hotel mana korang stay dan sebagainya.

Dua dompet

Lagi satu tips yang korang boleh amalkan adalah jika korang berada di negara orang, Sentiasa menyediakan dua wallet dimana satu berisi dengan wang yang rendah nilai dan simpan wallet sebenar. Jika dirompak hanya beri wallet yang ada duit rendah nilai tu.

Semoga tips yang dikongsikan ini bermanfaat buat korang yang memang tengah plan nak travel ke oversea tu.

Sumber:Says.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my