Be-You-Ty

5 langkah ni boleh cepatkan rambut korang kembali panjang

Oleh  | 

BOSAN menunggu rambut korang panjang? Ha pernah tak korang lepas potong rambut pendek tu ada sesetengah orang memang rindu nak berambut panjang balik.

Sis faham, kadang kala kita perempuan ni rambut pendek pun boleh membuatkan kita rasa rimas, sedangkan itulah alasan yang sering digunakan untuk memotong rambut pendek.

Tak apa, korang tak perlu risau, meh sini sis korangsikan 5 tips yang boleh membantu rambut korang tu cepat tumbuh balik.

Minyak Zaitun

Minyak zaitun mempunyai banyak kelebihan pada kita dan bukan setakat membantu merawat kulit je, malah, minyak zaitun ini boleh membantu rambut korang lebih sihat dan cepat panjang.

Caranya senang je, korang cuma perluurutkan minyak zaitun pada rambut dan kulit kepala dan biarkan selama satu jam sebelum membilaskan dengan air bersih.

Telur

Ya,telur juga mempunyai khasiat untuk rambut. Korang hanya perlu dapatkan putih telur tu dan kalau boleh campurkan sedikit dengan minyak zaitun dan ururtkan pada kukit kepala tu. Agak–agak dah kering, korang bilaskan dengan air.

Santan

Santan sememangnay popular dalam membantu meklebatkan rambut. Bukan setakat itu sahaja, santan juga boleh memberikan kilauan pada rambut. Caranya mudah sahaja, gunakan santan dalam 300- 500 ml dan saputkan pada rambut secara rata. Biarkan selama 20 minit dan bilaskan dengan air sejuk setelah kering.

Air kelapa

Korang cuma perlu dapatkan air kelapa muda dan cucikan pada rambut dan biarkan semalaman. Setelah selesai, syampukan rambut korang tu dan bilas dengan air seperti biasa.

Air kosong

Ha yang ni bukan untuk disapukan pada rambut, tetapi untuk korang minu, Pastikan korang minum air kosong yang cukup untuk membantu perlancaran darah dan memudahkan rambut korang tu untuk tumbuh dengan lebih cepat.

Sis harap aritkel ni dapat membantu korang yang berharapkan rambut untuk panjang dengan lebih cepat.Rajin amal, rajin rambut tumbuh!

Sumber:Siraplimau

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my