Serious?!

5 langkah wajib digunakan kalau nak jimatkan minyak kereta

Oleh  | 

BOLEH dikatakan semua orang nak berjimat dan ia sering bermain dalam minda kebanyakkan kita yang hidup berserdehana ni. Bila gaji masuk, mestilah nak kira kos siap-siap kan? Kalau tidak alamatnya hujung bulan memang makan pasir lah nanti!

Cakap pasal berjimat-cermat ni, antara perkara yang paling susah nak berjimat mesti minyak kereta kan?Jadi hari ini sis nak tolong korang dengan berkongsi 5 cara mudah untuk menjimatkan minyak kereta tu.

Isi minyak ketika suhu rendah

Sis cadangkan dekat korang untuk mengisi minyak pada waktu pagi atau malam supaya korang akan mendapat kapasiti minyak yang lebih banyak. Ini kerana pada cuaca sejuk ini lah kapasiti minyak dalam tangki itu akan menjadi lebih padat

Jangan beratkan kereta

Kadang kala kita ni ada perangai suka meninggalkan barang-barang yang tidak sepatutnya di dalam kereta. Pastikan kenderaan korang tu tidak terlalu berat supaya tekanan untuk menggunakan minyak yang lebih pada enjin berkurangan.

via GIPHY

Matikan enjin ketika menunggu di dalam kereta

Selagi enjin sedang berjalan, selagi itu lah minyak digunakan. Tidak kira lah kereta tu bergerak atau pun tidak. Setiap dua minit kereta tidak bergerak, penggunakan minyak sama dengan kereta bergerak bersamaan jarak 1.5 KM tau!

via GIPHY

Periksa kondisi kereta 

Pemeriksaan kondisi kereta ini sebenarnya penting bagi memastikan tiada kebocoran berlaku dan sebagainya. Korang kena jugak rajin servis kereta tu jika waktunya sudah tiba. Korang kena pastikan kereta berada dalam keadaan yang baik baru boleh jimat minyak!

via GIPHY

Elak lubang pada jalan

Jalan berlubang ini sebenarnya salah satu faktor yang utama bagi minyak cepat habis. Hal ini disebabkan jalan yang tidak rata menyebbakan penggunaan minyak yang lebih banyak dan kuat.

via GIPHY

Sumber:Bidarari.my

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my