D-Life

5 makanan Arab yang perlu tahu untuk ‘noob’

Oleh  | 

Orang cakap kalau kita nak tahu keadaan sesuatu tempat, lihatlah jenis makanan yang disediakan masyarakat tempatan, ha bukan sahaja dilihat daripada orang dan faktor geografinya.

Jadi, kalau haritu kita dah sembang tentang makanan Korea. Jom hari ini sis nak bawa korang travel dan kenalkan kepada korang antara menu makanan orang Arab.

BACA: Menu makanan Korea yang wajib tahu untuk “noob”

Lepas ni barulah boleh ‘Ya habibi’ ‘Ya Maulana’ dengan fasih sekali. Gitu!

5) Luqaimat

Orait, kalau korang judge dari segi rupa paras makanan ini. Korang sebenarnya dah boleh agak ia adalah sejenis dessert yang manis. Ia berbentuk bulat, lembut di dalam dan rangup di bahagian luar. Luqaimat sangat famous terutama bila tiba bukan puasa.

4) Hummus

FOTO: cookingclassy

Yang ini mungkin korang pernah nampak. Ia biasanya akan dimakan dengan roti.  Hummus ialah campuran sos kacang , lentini, bawang putih, garam, minyak zaitun, dan air lemon. Cara makannya ialah korang carikkan kepingan roti dan cecah bersama-sama Hummus, Kata orang, ia akan lebih lazat sekiranya dimakan dengan sayuran atau kentang.

3) Falafel

Sekali pandang korang akan nampak ia seolah-seolah bergedil cuma versi saiz kecil. Falafel diperbuat daripada bahan-bahan seperti kacang faca, buncis dan beberapa rempah ratus yang lain. Ia kemudian dipadatkan sebelum digoreng di dalam minyak panas. Ia boleh dimakan dengan sos atau bersama-sama salad.

2) Manakeseh

FOTO: Wikimedia

Sekali pandang korang mungkin akan terinngat pizza. Walaupun mempunyai bentuk yang serupa, namun Manakeesh dibuat daripada tepung, madu, gula, minyak zaitun dan beberapa rempah ratus. Seperti pizza, ia juga mempunyi topping iaitu keju, daging cincang atau sosej.

1) Kebab

FOTO: Cnn

Tidak perlu sis ceritakan lagi. Ia sudah menjadi kebiasaan oleh semua orang di Malaysia. Kebab ialah roti yang mempunyai isi daging yang boleh membuat korang kecur air liur. Daging akan dimasak dengan cara memanggang. Ia akan dihidangkan bersama-sama sayur.

Sekarang dah tak payah susah-susah nak rasa makanan Arab. Korang tekan pergi je dekat Superdeals sebab diorang tengah buat promo kaw kaw punya. Bak kata Sajat, Cepat, cepat, jangan lambat lambat!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my