Be-You-Ty

5 Makanan ini boleh buat kamu hidup seratus tahun lagi

Oleh  | 

ADA banyak juga makanan yang boleh buat kamu panjang umur, selain menjaga kesihatan kamu. Banyak kajian juga menyimpulkan, pola makan seseorang adalah indikator penting yang boleh meminimumkan risiko penyakit sekali gus memanjangkan umur seseorang.

Dalam sajian sehari-hari, cuba usahakan untuk masukkan 5 makanan berikut, untuk umur yang lebih panjang.

 

Ikan

via GIPHY

Kandungan omega dalam ikan bukan sahaja boleh menyihatkan otak, tetapi boleh melindungi tubuh daripada penyakit saraf. Mereka yang mengambil Omega 3 (daripada ikan salmon, tuna, sardin dsb) memiliki risiko lebih rendah penuaan sebanyak 18 peratus.

 

Kacang

Kajian oleh Harvard School of Public Health membuktikan, orang yang banyak makan kacang memiliki risiko kematian awal yang lebih rendah. Hal ini demikian kerana kacang mengandungi banyak nutrisi yang boleh melindungi jantung dan mengelakkan keradangan. Kacang juga rendah dari segi kalori, selain dapat menjaga berat badan.

 

Bijirin tulen

Ada kajian lain juga membuktikan, bijirin tulen (whole grain) juga mampu memperpanjang usia. Setiap satu paun bijirin dapat menurunkan risiko sebanyak lima peratus dan risiko kematian akibat penyakit jantung sehingga 9 peratus.

 

Makanan pedas

Percaya atau tidak, mereka yang makan pedas selama 6-7 hari selama seminggu memiliki risiko kematian lebih rendah 14 peratus daripada mereka yang jarang makan pedas. Sebenarnya, rasa pedas selalu berperanan sebagai antioksidan, memperbaiki gula dalam darah dan memerangi diabetes serta kanser.

 

Rumpair laut

Berita baik untuk penggemar sushi. Kajian menunjukkan fucoidan, komponen semula jadi dalam rumpair laut boleh membantu memerangi kanser. Ini juga menjadi sebab kenapa usia hidup orang Jepun adalah yang tertinggi di dunia.

 

Sumber:  K0mpas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my