Be-You-Ty

5 makanan ini dapat bantu kamu mengatasi sembelit

Oleh  | 

SEMBELIT masalah pencernaan yang berlaku jika gizi pemakanan seharian kita tidak seimbang. Kalau anda terkurang makan makanan berserat, atau kurang minum air, anda memang berisiko untuk susah buang air besar.

Sembelit ni memang tak menyeronokkan, nak buang air besar pun jadi susah. Kitaran hidup pun nanti akan terganggu.

Meskipun sembelit lebih kerap dikaitkan dengan pemakanan seseorang, sembelit juga boleh terjadi akibat keadaan kesihatan seperti hypothyroidism dan inflammatory bowel disease.

Berikut makanan yang boleh anda ambil, untuk mengatasi masalah ini.

  1. Buah kiwi
sliced kiwi lot

FOTO:  Unsplash

Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang sangat tinggi dan kandungan gula yang yang rendah. Secawan kiwi mengandungi 5 gram fiber, itu sudah cukup untuk kamu mengatasi masalah untuk buang air besar.

  1. Air putih

Selain pengambilan serat dan senaman yang teratur, minum air juga sudah cukup untuk kamu melegakan sembelit. Air elemen penting untuk memudahkan makanan yang tercerna lalu dengan tenang di dalam usus. Jadi, banyakkan minum air!

  1. Buah oren

via GIPHY

Sebiji oren tanpa dipotong mengandungi 4 gram serat. Bonusnya, buah-buahan sitrus mengandungi flavonol yang dipanggil naringenin, yang boleh bertindak sebagai julap untuk mengatasi sembelit.

  1. Jus lidah buaya

Jus lidah buaya (selain air kelapa) kini semakin popular sebagai makanan kesihatan. Just aloe vera yang terdapat dalam lidah buaya dapat bertindak sebagai laxative untuk sesetengah orang.

  1. Yogurt

via GIPHY

Yogurt mengandungi kultur bakteria hidup dan probiotik yang dapat membantu sistem pencernaan kamu. Jika kamu makan yogurt, kamu dapat melancarkan pergerakan makanan dalam usus kamu.

 

Sumber:  VeryWell Health

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my