D-Life

5 makanan yang korang wajib elak di Malaysia kalau korang tengah diet!

Oleh  | 

MALAYSIA adalah diibaratkan dunia makanan pada sesetangah individu. Mana tak nya di negara kita, bermacam jenis makanan yang korang senang untuk korang cari.

Disebabkan kita mempunyai kaum yang berbeza menetap dalam satu negara, kepelbagaian dari bermacam cara boleh kita dapat. Seperti contoh, baju, tempat, perayaan dan yang paling best, makanan!

Seronok memang seronok cuma kalau pada korang yang nak diet tu memang akan menghadapi kesukaran sikit sebab terlalu banyak cravings yang ada. Jadi hari ni, sis nak kongsikan 5 jenis makanan di Malaysia yang korang kena elak kalau korang tengah on diet.

Nasi Lemak

Banyak di antara kita suka makan nasi lemak sebagai menu sarapan pagi, makan tengah hari dan kadang kala ada juga untuk makan malam! Tapi bagi korang yang tengah diet tu sis sarankan untuk elak daripada makan nasi lemak. Sebab menu ini agak kurang bersesuaian kerana nasi nya dimasak dengan santan yang mengandungi lemak tepu. Sis cadangkan dekat korang untuk tukar dengan nasi kerabu yang lebih sihat!

Teh Tarik

Teh tarik sememangnya satu minuman yang enak. Namun, ia mempunyai kandungan susu pekat manis yang banyak yang menyebabkan minuman tersebut manis yang teramat! Bukan setakat boleh tambah berat badan sahaja, diabetes pun kirim salam. Sis suggest  dekat korang untuk tukar dengan Teh ‘O’ kosong tanpa gula atau Teh ‘O’ limau.

Foto:theculturetrip

Kuih muih dan bergoreng

Di negara kita ni siapa je yang tak pernah makan pisang goreng dan kuih muih tradisional? Makanan ni adalah satu makanan yang wajib untuk korang elak. Sebab, makanan bergoreng yang penuh dengan minyak yang berlemak dan kalori untuk sebiji kuih boleh mencecah sampai 120 kalori! Itu baru yang berminyak, cuba bayangkan yang kuih yang manis-manis tu. Apa kata korang tukar dengan makan buah-buahan seperti buah tembikai.

Foto:Rasa.my

Roti Canai

Ramai yang tidak tahu  bahawa menu ini di masak dengan tepung dan minyak ghee dan dimasak dengan minyak yang meybebakan kalori melambung tinggi. Sekeping roti canai dikatakan mempunyai kalori sebanyak 300 kalori dan itu pun dicampur kuah lagi! Kalau korang cravings makanan manak, ada banyak pilihan lain yang korang boleh makan seperti contoh, thosai atau capati.

Sis harap artikel ni dapat membantu korang untuk kekal positif dalam mengurangkan berat badan dan menjaga permakanan tu ya.

Sumber:FreeMalaysiaToday

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my