D-Life

5 mitos tentang rambut yang korang perlu tahu kebenarannya!

Oleh  | 

PENAMPILAN kita dinilai bukan sekadar daripada pemakaian semata. Rambut juga memainkan peranan yang penting untuk kelihatan cantik dan bergaya. Rambut yang sihat dan lebat merupakan bonus untuk kita kelihatan cantik betul tak?

Pelbagai tips yang kita boleh baca untuk dapatkan rambut yang sihat dan cantik namun sejauh mana kebenaran tips-tips yang kita baca tu? Ini adalah beberapa mitos yang korang perlu tahu tentang penjagaan rambut. Tak semua fakta yang diberikan tu benar belaka.

Potong hujung rambut boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut

Pernah dengar tak kalau kita potong bahagian hujung rambut boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut? Sebenarnya itu adalah mitos semata. Trim bahagian hujung rambut memang perlu dilakukan tapi itu bertujuan untuk memotong bahagian rambut yang bercabang dan hair breakage, bukan untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut. Trim rambut hanya sekadar untuk mengemaskan rambut kita sahaja dan bukan salah satu peranan penting untuk pertumbuhan rambut.

Uban yang tumbuh bukan kerana stress

Stress dan uban tiada kena mengena sama sekali. Uban yang tumbuh sebenarnya hanya disebabkan faktor usia dan genetik. So korang jangan terpengaruh dengan mitos ini ye. Semakin bertambah usia, melanin yang terhasil dalam tubuh badan kita semakin berkurang. Ini adalah penyebab kenapa uban kita tumbuh.

Rambut akan semakin sihat sekiranya kita rajin menyikat rambut 

Sebenarnya, kita perlu menyikat rambut untuk memastikan rambut berada dalam keadaan terurus dan kemas. Ini sama sekali tiada kaitan dengan kesihatan rambut kita. Untuk pengetahuan korang, tak bagus sebenarnya menyikat rambut secara kerap kerana boleh mengakibatkan keguguran rambut tau.

Jangan guna air sejuk ketika basuh rambut

Untuk cuci rambut, tiada masalah sekiranya kita menggunakan air sejuk ataupun air panas kerana kedua-duanya mempunyai kebaikan. Penggunaan air sejuk ketika mencuci rambut sangat digalakkan kerana air sejuk lebih mudah menyerap nutrisi syampu. Sekiranya rambut kita berada dalam keadaan kotor, sebaiknya kita perlu gunakan air panas dan air sejuk. Untuk membuang kotoran, basuh dahulu rambut kita dengan menggunakan air panas dan kemudian bilas dengan menggunakan air sejuk.

Tak boleh bertukar-tukar jenama shampoo

Keadaan rambut biasanya berubah-ubah lebih-lebih lagi untuk gadis-gadis yang bertudung. Sekiranya rambut kita kering, kita perlu cari syampu yang boleh memberi kelembapan kepada rambut dan jika rambut kita berwarna, kita perlu menggunakan syampu khusus untuk rambut berwarna. Jangan gunakan syampu yang sama sahaja kerana kita perlu cari syampu yang sesuai mengikut keadaan rambut kita.

Ini adalah mitos-mitos tentang rambut yang perlu korang tahu. Tak semua fakta yang kita baca selama ini betul tau.  So lepas ni korang boleh jaga rambut korang mengikut tips-tips kat atas ni ye. Tapi sebelum tu kalau korang nak rambut sentiasa rapi dan kemas semudah abc, korang boleh usha Ionic Massage Comb di superdeals okay.

Dengarnya harga pun tak masuk akal. Pergi tengok cepat!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my