Serious?!

Bukti lelaki ‘handsome’ tak boleh percaya! Ini ‘serial killers’ digilai wanita

Oleh  | 

BIASANYA cerita-cerita perempuan jatuh cinta dengan pembunuh ni korang dengar dalam movies je kan ? Guess what? Dalam real life pun ada! Siapa sangka pembunuh bersiri pun boleh jadi tarikan oleh ramai kaum wanita?

Ada yang sanggup ajak berumah tangga tau guys. Ish ish ish gila ke apa? Handsome sangat ke sampai nak ajak kahwin tu? Nah tengok ni top 5 pembunuh bersiri yang menjadi kegilaan ramai wanita.

Richard Ramirez

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seramai 13 orang telah menjadi mangsa bunuh beliau. Percaya atau tidak,Richard terima beratus surat dari ramai wanita ketika perbicaraanya. Surat-surat yang diterima itu penuh dengan kata-kata yang mengghairahkan dan sampai sanggup menunggu Richard diluar mahkamah selama berjam-jam semata-mata untuk dapatkan perhatiannya dan akhirnya berkahwin dengan salah seorang peminatnya. Ish tak takut ke ?

Ted Bundy

Ted Bundy dikatakan antara paling popular dalam kalangan pembunuh bersiri. Beliau mengaku telah membunuh lebih kurang 30 wanita! Caranya simple je. Dia pretend perlukan pertolongan dari mangsa untuk membantu rawat luka untuk meminta simpati. By the way, dia ni study law okay. Sis dengar juga dia cuba untuk bela diri sendiri semasa perbicaraan kes beliau di mahkamah. Amboi, bukan main confident lagi dia.

Paul John Knowles a.k.a. Si Pembunuh Kasanova

This guy digelar sebagai pembunuh kasanova disebabkan gayanya yang tersendiri. So, disebabkan itu jugalah ramai juga wanita yang tertarik dengan Paul ni. Sis rasa sebab rupa dan gaya dia yang menepati ciri-ciri lelaki idaman. Ish, Korang sanggup ke? Paul ni telah bunuh 19 orang tau. Walaupun ada rupa, Sis tak sanggup lah weh!

Jeffrey Dahmer Si Pembunuh Kanibal

Jeffrey Dahmer ni charming disebabkan klasik American look yang digilai ramai wanita di sana. Beliau telah membunuh sebanyak 17 lelaki dan dia ni adalah seorang Necrophiliac ya yang bermaksud mempnyai nafsu seksual terhadap mayat. Ish, creepy! Apa yang menariknya tentang Dahmer ni, dia nampak sebagai seorang yang sangat tenang dan menjaga penampilanya agar tampak kemas sentiasa. Sis rasa sebab itu la yang menjadikan beliau charming di mata wanita !

Rodney Alcala a.k.a The Dating Game Killer

Yang ni pulak pernah masuk program televisyen dan ketika itu dah beberapa orang menjadi mangsa bunuh nya! Yikes! Dan sis dengar cerita, dia ni pantang kena reject. Sampaikan ada seorang perempuan yang menang game dalam program televisyen tu tak nak spend time dengan dia sebab dia creepy sangat. Sayangnya! bukan tak ada rupa.

okay girls itu lah dia top 5 pembunuh bersiri yang tampak charming di mata ramai wanita. Apa-apa pun, korang jangan terpedaya sangat dengan layanan dan rupa paras okay? Biar tak kacak yang penting waras! Hah giteww!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my