Serious?!

5 perkara yang boleh menggantikan kopi

Oleh  | 

KEBANYAKKAN manusia, sememangnya tak tidak boleh hidup tanpa coffee dan ada pula individu yang tak boleh terima coffee langsung!

Manusia yang bergantung pada kopi untuk membekalkan tenaga ni sememangnya boleh ketagih dan bila terlebih kafein dalam badan, boleh sampai tahap menjejaskan kesihatan diri.

Jadi sebelum korang menjadi ketagih tu, sis nak cadangkan dekat korang 5 pertukaran yang boleh memberikan boost sama seperti kopi.

Berjalan pantas

Percaya cakap sis, kalau korang cuba berjalan dengan pantas dalam beberapa minit pada waktu pagi, korang dah berjaya meningkatkan oksigen dalam otak, urat dan juga otot. Tak kira lah kalau di waktu pagi atau tengah hari,cuba untuk mengambil masa dengan berjalan untuk tambah tenaga.

Permakanan yang bertenaga dan sihat

Mengalami tekanan gula dalam darah yang rendah, boleh membuatkan korang cepat letih dan sukar untuk kekal fokus dalam bekerja. Jadi apa kata korang tukar cara permakanan dengan memakan makanan yang boleh memberikan tenaga dan sihat seperti yoghurt, pisang dan kekacang.

Berbual

Kalau korang mengantuk, korang boleh cuba untuk berbual bersama rakan sekerja akau rakan-rakan yang lain. Ubah sekejap perhatian dengan bercakap tentang pelbagai jenis topik yang korang suka.

Bernafas dengan betul

Bila korang tarik nafas dalam, korang dah berjaya meningkatkan oksigen dalam badan dan dengan cara ini korang akan merasa lebih tenang serta dapat mengurangkan tekanan darah dan sejurusnya memberikan tenaga. Pastikan korang berdiri tegak dan letakan tangan pada perut dan tarik nafas melalui hidung dan exhale menggunakan mulut.

Elakkan berada di tempat yang suram

Cahaya juga boleh memainkan perasan yang penting. Ini disebabkan korang akan cepat untuk merasa mengantuk apabila korang berada dalam suasana yang suram atau gelap. Jadi apa kata korang tukarkan keadaan tu dengan ebrada di tempat yang lebih terang.

Pada korang yang merasa mengantuk dalam ofis tu boleh lah cuba untuk amalkan tips-tips ni dan sis harap ia berkesan untuk korang seperti mana ia berkesan pada sis juga!

Sumber:FreeMalaysianToday

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my