Inspirasi Dhia

5 Perkara yang kamu mesti lepaskan kalau mahu berjaya dalam hidup

Oleh  | 

UNTUK berjaya dalam hidup, mungkin yang kita perlukan bukanlah menambah daya usaha atau semangat sedia ada, tetapi dengan melepaskan beberapa perkara dalam hidup.

Ada beberapa perkara jika kita terus sebati dengannya, kita akan terus hanyut dan tidak akan ke mana-mana. Tempoh melepaskannya juga mungkin berbeza untuk setiap individu.

Ada yang boleh melepaskannya hari ini, mungkin ada yang perlukan sedikit masa untuk menyingkirkannya daripada diri.

 

Gaya hidup yang tidak sihat

via GIPHY

Jika kamu ingin mencapai apa-apa sahaja dalam hidup, kamu perlu singkirkan gaya hidup yang tidak menyihatkan. Ya, sihat, secara harfiah.  Dua kunci utama; diet yang seimbang dan aktiviti kecergasan. Kalau kamu boleh mulakan dua hal ini, tahniah, kamu sudah mulakan sesuatu.

 

Keluar daripada liga kecil jika mahu berjaya

Selalu ambil peluang untuk berada di liga yang lebih besar. Kita tidak akan maju, jika berada dalam gelanggang yang kecil. Oleh itu, sentiasa teroka potensi diri tolak diri untuk pergi lebih jauh.

 

Cukup-cukuplah memberi alasan

Berhenti beri alasan yang menghalang kamu daripada terus ke hadapan. Orang yang berjaya tahu bagaimana untuk bertanggungjawab dengan hidupnya. You own your life. Bentuk hidup anda sendiri tanpa anda dinding yang mengelilinginya.

FOTO: SoundOut

Buang sifat perfectionism dalam diri

Tiada apa dalam hidup kita yang sempurna seratus peratus. Takut untuk gagal atau takut tidak berjaya selalu membuatkan kita takut untuk mencuba. Tetapi ingatlah, banyak peluang yang terpaksa kita lepaskan, jika kita hanya memilih yang tepat dalam hidup.

 

 Jangan harapkan orang sukakan kita

Tidak semua orang akan suka kita; itu hakikat yang kamu perlu telan. Kamu buat sesuatu yang penting atau tidak, itu bukan soalnya. Untuk terus maju dalam hidup, kamu tak perlu buang tenaga dengan memikirkan siapa yang suka kamu, siapa yang tidak.

Be you, be the best you.

 

Sumber:  Goalcast

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my