Inspirasi Dhia

5 Perkara Yang Korang Dapat Bila Join Aktiviti Sukarelawan

Oleh  | 

HELLO gadis trendy, korang tahu tak bulan 12 ni adalah bulan kita menyambut golongan volunteer di dalam bidang ekonomi dan pembangunan sosial di seluruh dunia dan ianya jatuh pada tarikh 5 Disember setiap tahun.

Badan-badan bukan kerajaan yang mengfokuskan pada pembangunan sosial di negara kita ramai yang menyambutnya. Golongan volunteer ni sangat penting untuk memberi kesedaran dan kefahaman tentang masyarakat di luar sana tentang masalah sosial dan ekonomi yang dihadapi di dunia ni.

Mesti korang tertanya-tanya apa bagusnya volunteer ni bukannya kita di bayar pun kadang tu kan. Tapi banyak kepentingan yang korang dapat dan golongan pelajar adalah antara golongan yang terbaik untuk mendapat pendedahan di dalam bidang volunteer ni. So harini sis nak share dekat korang 5 perkara yang korang dapat bila join volunteerism ni.

Dapat Bina Networking

Networking adalah sangat penting bila kita masuk ke dunia professional dan biasanya orang selalu pandang kita kena buat networking dekat tempat kerja je tapi sebenarnya tak.

Korang boleh buat networking dekat program sukarelawan ni sebab korang akan jumpa pelbagai orang dari bidang yang berbeza dan pangkat yang berbeza.

Contohnya macam korang join program bagi orang gelandangan makan, korang bukan takat jumpa dengan gelandangan, tapi korang akan jumpa golongan professional contohnya seperti doktor yang beri khidmat kesihatan secara sukarela, chef yang menyediakan makanan, golongan korporat yang menyumbang dana dan mungkin selebriti yang join sekali.

Asah Kemahiran

Pentingnya bila korang join volunteerism ni korang dapat asah kemahiran korang tu. Mungkin korang ni jenis yang tak pandai berkomunikasi atau melakukan kerja lain so volunteerism ni la platform untuk korang mengasah bakat korang tu.

Korang boleh berkomunikasi dengan orang yang korang jumpa buat kali pertama dan melakukan kerja yang korang tak pernah buat contohnya mungkin mengajar budak-budak.

Selain itu kalau korang yang jenis suka ambil video atau gambar, ni la platform korang untuk asah bakat korang dan menjadikan program tu sebagai subject karya korang.

Kenali Diri Sendiri

Bila korang join aktiviti sukarelawan ni korang dapat kenali orang lain dan juga diri sendiri dengan lebih baik. Sebabnya korang akan tahu apa yang korang mampu buat dan apa yang korang tak mampu buat contohnya mungkin korang tak pernah sedar yang korang sebenarnya minat untuk mengajar budak kecil dan program mengajar budak kecil secara sukarela buatkan korang sedar dan meminati bidang pendidikan. Mana tahu kan.

Mengajar Erti Bersyukur

Benda yang paling korang akan dapat bila buat benda ni adalah korang akan faham maksud bersyukur tu. Kadang-kadang kita selalu nampak hidup kita tak kena, rasa serabut atau environment tak pernah best tapi sebenarnya bila korang join aktiviti macam ni korang akan sedar yang ramai orang takde apa yang kita ada.

Ramai yang perlu mengharapkan bantuan lebih dari yang kita harapkan. Sebabkan itu benda ni ajar kita bersyukur dengan sekecil apa yang kita ada.

Lari Dari Tekanan

Korang jangan ingat buat aktiviti sukarelawan ni benda yang stress dan buat korang lagi penat dan serabut. Volunteerism ni la aktiviti yang ringan dan buatkan korang lupa sekejap masalah dekat tempat kerja dan tempat belajar.

Satu lagi bila korang tengok orang lain happy bila kita bagi apa yang kita mampu benda tu buat korang akan berpuas hati dengan apa yang korang buat. Jadi ianya memberi keyakinan dan kegembiraan dekat korang.

Jadi kalau korang diberi peluang join la aktiviti sukarelawan ni dan kudos kepada semua sukarelawan yang banyak membantu dalam aktiviti sosial tanpa mengharapkan sebarang balasan. Korang memang terbaik

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my