Serious?!

5 perkhidmatan pelik yang ditawarkan di Jepun

Oleh  | 

BANYAK perkara pelik yang kita sering dengar dan tengok dekat skrin. Tak kisahlah dekat tv ataupun internet. Memang banyak benda pelik-pelik dalam dunia ni.

Tapi selalunya yang pelik-pelik tu barang- barang atau telatah manusia sahaja. Pernah tak korang dengar perkhidmatan yang jarang sangat ditawarkan kepada manusia?

Hari ini sis nak kongsikan dekat korang 5 jenis perkhidmatan yang pelik ditawarkan kepada masyarakat di Jepun. Jom terkejut sama-sama!

Minta maaf berbayar

Sikap bersopan santun dan hormat-menghormati yang tinggi sehinggakan perkhidmatan memohon maaf  bagi pihak kita, di jalankan di Jepun. Sebuah syarikat yang bernama Shazaiya Aiga Pro yang menawarkan perkhidmatan ini dalam dua jenis. Pilihan pertama adalah memohon maaf secara bersemuka akan dikenakan bayaran sebanyak RM 962 manakala permohonan maaf secara telefon dan email dikenakan sebanyak RM385.

Menyimpan barangan ex

Amalan pemberian hadiah merupakan satu amalan yang biasa, tak kira lah dalam hubungan berkawan atau relationship. Di Jepun, ada satu servis dimana korang boleh simpan barang-barang bekas kekasih korang tu kalau sayang nak dibuang.

Kahwin solo

Ni memang satu trend yang pelik apabila satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan kahwin secara solo. Syarikat Cerca Travel mempunyai pakej untuk pelanggan mereka untuk menikmati majlis perkahwinan sendiri. Servis bersolek dan dandanan serta hiasan.

Sewa tetamu

Kalau servis kahwin solo boleh diaturkan, servis sewa tetamu juagk turut di tawarkan! Sebuah syarikat yang dinamakan Office Agents  menawarkan servis dikenakan bayaran sebanyak RMM770 duit Malaysia.

Kafe peluk

Ini bukan sis nak tujukan pada yang single-single tu ya! Ada lagi satu servis yang sis rasa tak pernah lagi dengar di tempat-tempat yang lain dimana sebuah kafe menawarkan khidmat memeluk wanita atau lelaki mengikut pilihan anda!

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM231 dengan tidur dan peluk selama satu jam. Bukan itu sahaja, korang pun boleh sewa teman lelaki atau wanita untuk dibawa bersiar-siar di bandar Tokyo.

Akan tetapi, pelanggan tidak dibenarkan untuk bercium, memegang alat sulit atau bersetubuh dengan pasangan yang disewa tu. Of course lah kan!

Hah, macam mana terkejut ke tak dengan perkhidmatan yang ada di Jepun? Selagi boleh meraih keuntungan why not kan kalau kita cuba!

 

Sumber:Iluminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my