Diri Dhia

5 perubahan kesihatan yang membawa mesej pada korang

Oleh  | 

SETIAP fizikal manusia tidak akan kekal buat selamanya. Kadangkala ada perubahan pada badan kita dan kalau perubahan itu tak ketara, kita pun akan pandang remeh jela kan?

Tapi, sebenarnya kita patut check dan ambil perhatian terhadap beberapa perubahan yang kita alami. Bukan sebab apa, takut kalau korang biarkan takut terlepas sesuatu yang bahaya!

Jadi hari ni sis nak kongsikan dekat korang 5 perubahan yang berlaku pada badan korang dan apa ertinya.

Batuk

Batuk adalah tanda-tanda yang korang sedang mengalami kesan alergi. Jika terdapat cecair yang keluar tanpa henti dan tekak korang pun mula rasa tidak selesa cepat-cepat pergi jumpa doktor.

via GIPHY

Tiba-tiba kurus

Pernah tak tiba-tiba je badan korang susut? Tak melakukan exercise dan diet pun. Hah, ini berkemungkinan korang mengalami blood sugar problems dan mungkin ada masalah thyroid. Bukan itu sahaja, ia merupakan salah satu petanda untuk penyakit diabetes! Apa kata lebih baik korang pergi jumpa doktor sebelum terlewat.

via GIPHY

Perubahan pencernaan

Selain daripada permakanan, kadangkala bila korang mengalami stress atau anxiety pun boleh menyebabkan sistem pencernaan korang terganggu. Gangguan pencernaan boleh dirawat dengan antibiotik dan probiotik yang bersesuaian.

via GIPHY

Rambut semakin nipis

Kebanykkan kita ada waktu rambut kita akan gugur banyak akibat perbuahan hormon dan sebagainya. Namun jika masalah ini berkekalan, ia mungkin berkaitan dengan masalah thyroid dan ada juga kemungkinan kurangan zat-zat yang diperlu.

via GIPHY

Senang lebam

Korang perasan tak kalau ada lebam dan kulit kering mengambil masa yang lama untuk hilang. Ini boleh membawa kepada maksud yang korang mempunyai masalah thyroid dan clotting issue. Tapi ini hanya berkemungkinan, jadi korang jangan panik dulu okay? Apa-apa pun pergi jumpa doktor untuk tahu lebih lanjut.

 

Sumber:FreeMalaysiaToday

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my