D-Life

5 petanda coli korang salah saiz, hati-hati sebab…

Oleh  | 

SEBUT sahaja coli atau bra, ia memang ‘kawan baik’ untuk mana-mana perempuan. Mana taknya, pakaian dalam inilah yang membantu dalam menyokong kedudukan payudara korang. Barulah mantap dan kekal awet muda. Ingat, awet muda bukan pada wajah sahaja tau. Bahagian payudara juga adalah aset yang perlu kita lindungi.

Walaupun bra adalah pakaian yang penting, tapi masih ramai yang keliru macam mana nak cari bra yang betul. Bila salah beli, mulalah korang tak selesa dan biarkan payudara korang mengendur setiap masa. Kalau korang mengalami 5 situasi ini, ia adalah petanda korang sebenarnya sedang memakai saiz bra yang salah. Apalagi! Carilah bra baru sekarang.

via GIPHY

Cangkuk bra

Orait, ramai juga yang pakai bra menggunakan cangkuk terakhir. Sebenarnya salah. Cara yang sepatutnya ialah, semasa korang membeli bra baharu. Korang kena mulakan dengan cangkuk yang paling longgar. Kalau coli korang terletak elok dan sangat baik, maksudnya korang dah jumpa saiz yang sesuai.

Tali bra terangkat

Satu lagi benda yang korang tahu ialah kalau tali bra korang dekat belah belakang tu macam terangkat. Itu adalah petanda saiz coli yang korang pilih tak bersesuaian dengan payudara korang. Cara yang betul ialah pastikan tali coli ang korang pakai dibahagian belakang adalah selari dengan yang dihadapan.

Pendekkan tali bra

via GIPHY

Salah satu benda yang korang selalu buat ialah memendekkan tali bra untuk pastikan cup coli korang melekat. Tapi sebenarnya, kalau saiz bra korang betul, korang tak perlu pendekkan tali bra sampai meninggalkan kesan dekat bahu korang.

Ada bahagian terkeluar

Kalau ada bahagian yang terkeluar di tepi ketiak dan bahagian dada. Itu maksudnya korang dah pakai saiz bra yang lebih kecil daripada yang sepatutnya. Cara yang sepatutnya ialah pastikan tidak ada bahagian yang terkeluar daripada cup. Benda ni penting supaya tak lah ada bahagian yang terkeluar waktu korang angkat tangan nanti. Malu kat orang sebelah.

via GIPHY

Mangkuk bra tak melekap

Satu lagi benda yang korang kena pastikan ialah make sure cup korang melekap elok pada tubuh. Kalau terangkat semacam, maksudnya tak sesuai lah tu! Sebabnya, coli yang baik akan menampung payudara korang dengan elok tanpa memberi rasa sakit.

Jadi, lepas ni. Kalau korang nak beli bra. Korang boleh cuba dulu. Cara nak mengenal pasti saiz yang betul ialah bedasarkan kepada ciri-ciri yang sis sebutkan tadi. Apalagi, cepat sebarkan artikel ini kepada semua untuk dibuat rujukan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my